suria

Guna Da’i Syed untuk tarik netizen... Erma Fatima akui bukan mudah belajar bahasa Arab - “Kalau buat IG Live merapu, mungkin lagi ramai tonton”

IG Live kelas bahasa Arab Erma bersama Nabila Huda dan Da'i Syed turut disertai penyanyi Mesir, Mostafa Atef.

PERTAMA kali mempelajari bahasa Arab, pelakon dan pengarah Erma Fatima mengakui bukan mudah untuk menyebut beberapa perkataan dalam bahasa tersebut.

Malah, video IG Live kelas bahasa Arab Erma bersama pendakwah Da'i Syed dan pelakon Nabila Huda pada Jumaat lalu juga menjadi tular apabila dia tersasul menyebut perkataan 'Ya Habibi'.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima tak kisah Instafamous jadi pelakon, bosan tengok muka lama - “Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin”

"Bukan mudah ya nak belajar bahasa Arab ni... saya pun sampai tersasul sebut beberapa perkataan. Sebelum ini saya tak pernah masuk kelas atau belajar bahasa Arab.



Da'i Syed kongsi rakaman pendek Erma tersasul sebut perkataan Arab.

"Kiranya ini kali pertama saya belajar sebab itu agak sukar juga nak menyebut. Sekarang ini, hanya belajar perkataan yang mudah dan ada la beberapa perkataan yang saya dah boleh sebut.

"Kalau diajar untuk bercakap terus bahasa Arab dengan sempurna memang susah la. Kita belajar perkataan asas sahaja dahulu," kata Erma kepada mStar.

Sebelum ini, rakaman IG Live Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, bersama Nabila Huda belajar bahasa Arab dengan Da'i Syed menarik perhatian netizen yang terhibur melihat gelagat mereka tersasul menyebut beberapa perkataan.

Selain kelas bahasa Arab setiap Jumaat, saya juga ada buat bacaan Yassin atau maulid nabi setiap malam Khamis.

ERMA FATIMA

PENGARAH & PELAKON

Menerusi perkongsian video pendek berdurasi seminit di Instagram Da'i Syed itu turut disertai penyanyi berasal dari Mesir yang dikenali sebagai Mostafa Atef.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pelakon drama siri Mak Cun ini memberitahu dia mewujudkan kelas tersebut secara percuma setiap Jumaat dan boleh disertai sesiapa sahaja termasuk rakan selebriti.

Kata aktres berusia 53 tahun ini, dia mengajak Da'i Syed untuk mengajar di kelas tersebut kerana ingin menarik orang ramai termasuk peminat pendakwah bebas itu mendekati ilmu agama.



Erma ajak Da'i Syed sertai IG Live dan mengajarnya bahasa Arab.

"Kelas itu saya yang buat dan beberapa artis seperti Nabila Huda, Alyah dan Nazim turut sertai. Saya ajak Da'i Syed untuk join dan mengajar kerana dia tahu bahasa Arab.

"Lagipun, saya tahu dia pun ramai peminat dan secara tidak langsung dapat menarik ramai lagi orang termasuk peminat dia untuk mendekati ilmu agama.

"Saya buat bukan sebab nak tarik orang tengok IG Live semata-mata tetapi sebab nak tarik orang dekat dengan agama. Kalau buat IG Live merapu, mungkin lagi ramai akan tonton.

"Tapi bila IG Live melibatkan keagamaan ini, susah sikit orang nak tonton. Selain kelas bahasa Arab setiap Jumaat, saya juga ada buat bacaan Yassin atau maulid nabi setiap malam Khamis," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain