suria

Nabila Huda bengang ditegur gemuk, ‘sekolahkan’ netizen suka ‘body shaming’

Nabila bersyukur kerana memiliki kehidupan yang bahagia disamping keluarga dan bapanya, Amy Search.

PELAKON Nabila Huda bengang dengan tindakan segelintir individu yang gemar menegur bentuk badannya yang mana disifatkan terlalu sensitif

Rimas dengan komen body shaming, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 36, mendedahkan dia juga sudah menyenarai hitam beberapa produksi yang mengeluarkan kata-kata menyentuh fizikalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda hanya ‘roll eyes’ Keisha ajak cakap Mandarin di rumah, bangga anak fasih bertutur macam pro!

"Kenapa mesti ada manusia yang akan cakap 'dah gemuk sekarang, tembamnya tak macam dulu, berisinya'. Eh pergi matilah badan orang itu macam mana pun why bother?

"Kau sendiri pun insecure dengan diri kau yang ada double chin, berlemak sana sini, lepas itu kau cemburu pula dengan badan orang lain. Aku gemuk ke kurus biar saja la. Kenapa nak kena bandingkan dulu dengan sekarang.



Nabila memberi amaran kepada orang yang suka mengeluarkan perkataan membabitkan body shaming.

"Sedangkan produksi pun saya boleh blacklist sebab mengeluarkan kata-kata ini, bayangkan korang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya, macam mana level benci dia," katanya.

Anak kepada penyanyi Amy Search ini memuat naik status mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dan mendapat perhatian netizen serta rakan selebriti yang bersetuju dengannya.

Nabila ketika dihubungi mStar turut menjelaskan tujuan dia berkongsi perkara itu kerana ingin memberi kesedaran kepada segelintir pihak yang gemar menghina fizikal orang lain.

"Apa yang saya kongsikan ini untuk memberi kesedaran kepada orang yang suka body shaming," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini menegaskan dia mampu mengubah penampilannya pada bila-bila masa bersesuaian dengan karekter lakonan yang diminta.

Bagaimanapun Nabila tetap bersyukur dengan keadaan fizikal kini memandangkan dia menjalani kehidupan yang bahagia disamping suami, anak dan kerjayanya.

Lebih baik anda berhenti kalau tak nak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.

NABILA HUDA

PELAKON

"Untuk pengetahuan, saya boleh kuruskan badan atau gemukkan bila-bila masa saya mahu. Kalau saya nak kurus minggu depan saya boleh saja dapat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Semua orang yang pernah bekerja dengan saya, mereka boleh minta tanpa masalah. Memang itu sebahagian dari kerjaya saya. Untuk sekarang, saya di rumah, MCO... Jobless. Jadi, siapa kisah?

"Saya gemuk tapi dah kahwin, saya ada suami, anak, rumah, boleh masak, bahagia, ada kerjaya, pernah menang anugerah, ada kulit cantik, ketawa siang malam pagi petang, hidung mancung dan bibir seksi.

"Saya lahir dikenali, saya ada tujuh ekor kucing, dua kereta dan motosikal. Semua orang sayang saya, ada gerai makan, papa saya Amy Search... awak ada apa? Awak tak ada apa-apa!" ujarnya.



Nabila meminta semua orang berhenti mempersoalkan perubahan bentuk badan orang lain.

Sementara itu, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang gemar membuat perbandingan bentuk badan sehingga menggores hati orang lain.

"Saya bagi amaran keras kepada sesiapa yang suka bandingkan fasal saiz badan ni. Lebih baik anda berhenti kalau tak nak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.

"Awak tahu saya boleh... awak tak kenal saya! Cakap mewakili semua wanita dan lelaki yang lalui benda ini. Tak kira la macam mana rupa kita, rambut, kulit, bentuk badan, semua orang cantik dengan cara tersendiri.

"Berhenti membuat perbandingan. Berhenti menilai! Anda tahu ia bukan sesuatu yang baik," tegasnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain