suria

‘Alamak‘ dan ‘Roller Kata‘ program hiburan santai temani anda di Awesome TV... dedah sisi lain ahli politik negara

Wanna Ali asah bakat sebagai pengacara dalam program Alamak terbitan Awesome TV.

STESEN televisyen Awesome TV terus memberikan seleksi rancangan menarik buat penonton setianya.

Terbaharu, dua progam menarik iaitu Alamak dan Roller Kata bakal menghiasi malam minggu anda sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Perang Ogy dan Erma Fatima tak habis lagi! Nak tahu kesudahannya tonton Diva Popular di Awesome TV

Alamak merupakan rancangan berkonsepkan hiburan santai menampilkan tetamu bukan sahaja daripada golongan selebriti sebaliknya turut mengundang ahli politik bagi memeriahkan program tersebut.

Antara tetamu VIP yang muncul dalam program ini ialah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Zahid Hamidi, YB Ahmad Maslan dan Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir.

Rancangan yang dikelolakan oleh Zulhuzaimy, Wanna Ali dan Atu Zero ini akan mengupas sisi santai ahli-ahli politik ini yang jarang sekali dipaparkan kepada umum.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Program berkonsepkan wayang kulit dan temubual turut diselitkan sketsa komedi spontan dan nyanyian ini bakal memulakan siarannya pada Khamis pukul 9.30 malam di saluran Awesome TV (Astro 123) dan MyTV (112).

Selain Alamak, Awesome turut menampilkan program teka perkataan dan ayat menerusi Roller Kata yang telah memulakan siarannya sejak 21 Mei lalu, setiap Jumaat pukul 8.30 malam.

Fahrin dan Deeba bergandingan dalam Roller Kata.

Roller Kata yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad ini diinspirasikan daripada program hiburan terkenal satu masa dahulu iaitu Roda Impian yang diterajui Halim Othman.

Peranan Gadis Pembuka Kotak ditugaskan kepada pendatang baharu, Deeba Halil yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.

Setiap minggu, dua artis jemputan iaitu Cat Farish dan Nadiyah Shahab akan membantu pemain untuk menjawab kuiz yang disediakan.

Para peserta yang mengumpul markah tertinggi bakal membawa pulang hadiah wang tunai berdasarkan jumlah terkumpul.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman www.awesometv.my.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain