suria

[VIDEO] “Tak guna berdebat dengan orang yang tak mahu belajar” - Catriona Ross tak layan kritikan Suhaimi Saad, mohon jangan terpengaruh dakyah golongan anti vaksin

STATUS bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad di Instagram yang mengkritik tindakan Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap segelintir rakyat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tidak memberi kesan kepada aktres itu.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, dia mengetahui mengenai status tersebut melalui rakannya yang menghantar paparan skrin kepadannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mati ke kalau you all tangguhkan sekejap balik kampung tu?” - Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘lockdown’ di kampung

Tambah pelakon berusia 41 tahun ini, dia juga enggan membuang masa berdebat dengan seseorang yang tidak mahu belajar.



Status yang dimuat naik Suhaimi tidak memberi kesan kepada Catriona.

"Bila kawan hantar paparan skrin status itu, saya tertanya-tanya siapa pula dia sebab dia pun dah lama tak ada dalam industri. Bila kawan jelaskan siapa dia, barulah saya ingat yang dia anti vaksin, tak percaya sekolah dan kemajuan.

"Bagi saya macam ini la, saya tak nak komen lebih lanjut fasal dia sebab rakyat Malaysia sedia maklum kepercayaan dia macam mana. Dia boleh kata apa saja tentang saya dan saya memang tak ambil hati atau terkesan dengan kata-kata dia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagi saya, kita tak akan menang berdebat dengan orang yang tak mahu belajar. Kepercayaan saya tetap sama... tak berubah hanya disebabkan satu manusia itu," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Catriona meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Saya memang sarankan semua rakyat Malaysia ambil suntikan vaksin.

CATRIONA ROSS

PELAKON

Video tersebut mendapat perhatian Suhaimi yang memuat naik status di Instagram menyelar tindakan Catriona yang menggelar rakyat yang melanggar SOP sebagai 'bodoh' dan 'bingai'.

Menerusi status tersebut, Suhaimi menegaskan ramai rakyat yang sudah mematuhi SOP dan bersabar sepanjang lebih setahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Cindai ini turut menyarankan agar semua rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah tidak benar.



Catriona menyarankan agar penghasut vaksin diletakkan sebilik dengan pesakit Covid-19.

Malah, Catriona turut memberi contoh Imam Masjid al-Haram di Mekah, Arab Saudi, Syeikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais juga telah selamat menerima suntikan vaksin Pfizer di King Abdullah Medical City pada Mac lalu.

"Saya memang sarankan semua rakyat Malaysia ambil suntikan vaksin. Jangan terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng mengenai vaksin. Lupakan dakyah mengatakan vaksin cara orang Yahudi bunuh orang.

"Sebagai contoh Imam Masjid al-Haram di Mekah, Syeikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais pun ambil suntikan vaksin. Orang mulia seperti beliau pun boleh ambil... kenapa tidak kita?

"Jangan persoalkan kenapa negara lain seperti China dan New Zealand dah bebas Covid-19. Rakyat mereka semuanya dah ambil vaksin," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain