suria

Hafreez Adam tambah pendapatan jual lukisan masa PKP... paling mahal berharga RM600 - “Enam tahun saya tinggalkan bidang ini”

Hafreez berbakat melukis sejak dari kecil lagi.

MEMANFAATKAN kebolehannya dalam melukis, pelakon Hafreez Adam kini menghabiskan masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) dengan mengambil tempahan lukisan kanvas.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, sebanyak 30 jenis lukisannya sudah terjual sejak kembali aktif awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam dapat tiga tawaran bergandingan dengan Zara Zya, akui hubungan baik walaupun sudah dua tahun tak bercakap

"Sebenarnya saya memang minat melukis dari dahulu lagi, cumanya dulu saya sibuk shooting tiada masa nak melukis.

"Lebih kurang dalam enam tahun juga saya tinggalkan bidang melukis ini... namun sejak PKP 2.0 awal tahun ini, saya dah start melukis balik.

Antara sebahagian hasil lukisan Hafreez.

"Bila saya buat IG Live sesi melukis, ada peminat berminat dan dari situ mereka cadangkan untuk saya jual lukisan... dari situlah bermulanya," katanya kepada mStar.

Selain peminat, lukisan Hafreez turut diminati dan dibeli oleh rakan-rakan artis dan setakat ini harga lukisan paling tinggi pernah dijualnya ialah sebanyak RM600.

Sebenarnya saya memang minat melukis dari dahulu lagi, cumanya dulu saya sibuk shooting tiada masa nak melukis.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

"Selain peminat, ada juga rakan-rakan artis yang beli dari saya antaranya, Eyra Hazali, Shikin Kamal, Ariz Forteen dan Azar Azmi... Azar pada mulanya dia nak beli, tapi kebetulan time tu birthday dia, saya bagi sahaja pada dia sebagai hadiah hari lahir dia.

"So far, lukisan paling mahal saya pernah jual ialah RM600. Semuanya bergantung pada bajet pelanggan.

"Setakat ini, saya melukis kalimah, nama serta abstract art untuk dijadikan jualan. Selalunya saya akan siapkan tempahan pelanggan dari waktu pagi sampai ke maghrib memang saya tumpukan pada melukis sahaja," ujarnya lagi.

Hafreez menjadikan lukisan sebagai satu cara untuk ekspresi dirinya.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Hafreez berkata penggambaran untuk tiga buah drama serta sebuah filem yang dibintanginya terpaksa ditangguhkan berikutan PKP 3.0.

Menurutnya lagi, dia terpaksa menyusun semula jadual kerjanya dan berkemungkinan besar terpaksa menarik diri daripada salah satu tawaran tersebut sekiranya masa penggambaran akan bertembung di masa akan datang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sedikit ralat daripada segi jadual kerja dan kemungkinan terpaksa tarik diri dalam salah satu drama kalau mereka start dalam waktu yang sama nanti.

"Sekarang ini pun semua penggambaran ditangguhkan dan mereka pun tak tahu lagi bila akan dibenarkan shoot semula," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan