suria

Dah biasa watak ayu lemah lembut... Siti Saleha terpaksa tambah bulu mata dan kuku palsu semata-mata nak jadi 'scammer'

Saleha perlu memakai solekan tebal untuk jayakan watak sebagai Amy.

DRAMA terbaharu berjudul Scammer menampilkan sisi berbeza pelakon Siti Saleha memegang watak antagonis sebagai Amy yang bekerja sebagai peguam bela namun terlibat dalam kegiatan ‘money laundering’ secara rahsia.

Menurut Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, watak tersebut memerlukan dia memakai solekan yang tebal termasuklah kuku palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha tak mahu balik lewat malam, hadkan ambil tawaran drama cinta - “Bukan sebab suami yang letak syarat”

Biarpun hasratnya untuk mewarnakan rambut bagi menampakkan kelainan tidak tercapai, namun Saleha tetap melakukan perubahan dengan membuat eyelash extention atau penyambungan bulu mata palsu.



Siti Saleha bergandingan dengan Kamal Adli.

"Untuk watak dalam drama ini memang sangat berbeza dengan watak yang saya pernah pegang sebelum ini. Watak Amy ini memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya.

"Jadi, saya bersiap agak lama juga untuk masa set sebab memerlukan solekan tebal dan pakai kuku palsu. Ikutkan, saya nak warna rambut supaya nampak lain.

"Tapi disebabkan ketika itu keadaan PKP dan salon tidak dibenarkan buka, jadi tak tercapailah hasrat saya itu. Tapi, saya buat eyelash extention untuk nampak kelainan," kata Saleha kepada mStar.

Peminat memang tidak akan lari untuk bandingkan.

SITI SALEHA

PELAKON

Pelakon berusia 31 tahun itu berkongsi mengenai drama terbaharu lakonannya itu ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain Saleha, drama arahan pengarah Norhanisham Muhammad itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan didie Alias.

Drama 20 episod terbitan produksi Radius One Sdn Bhd itu mula ditayangkan pada Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria.

Dalam pada itu, Saleha menyedari peminat sentiasa akan membuat perbandingan wataknya sebelum ini terutama Mia dalam drama 7 Hari Mencintaku.



Saleha tampil kelainan dalam drama Scammer.

Bagaimanapun, Saleha menegaskan semua watak dalam setiap lakonannya berbeza kerana dia sentiasa inginkan kelainan dalam setiap tawaran yang diterima setiap tahun.

"Saya tahu peminat mesti akan buat perbandingan dengan watak lakonan saya sebelum ini terutama Mia dalam drama 7 Hari Mencintaiku. Peminat memang tidak akan lari untuk bandingkan.

"Tapi watak Amy ini memang sangat berlainan sebab itu masa saya dapat skrip, saya setuju untuk terima seleas tengok karekter Amy ini adalah antagonis.

"Sebab kalau boleh memang saya tak akan ambil tawaran watak yang sama dalam satu tahun. Saya akan cuba untuk bawa watak yang berlainan setiap tahun," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain