suria

Isu guna nama Search tanpa kebenaran… peniaga masih belum terima tuntutan, terus jual seperti biasa

Gambar fail kumpulan Search yang dirakam pada tahun 2015.

SUSULAN pendedahan bekas vokalis kumpulan Search iaitu Amy dan pemain bass, Nasir mengenai penggunaan nama kumpulan itu tanpa kebenaran baru-baru ini, akhirnya Home of Champions tampil menjawab beberapa dakwaan dan tuntutan yang dibuat terhadap mereka.

Menurut Pengurus Home Of Champions iaitu Mozylir Mokhtaruddin, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada peguam dilantik Amy dan Nasir.

"Merujuk kenyataan media yang telah dikeluarkan pada 20hb Mei 2021 di platform media sosial dan akhbar media cetak serta media elektronik yang pihak kami difahamkan, dikeluarkan oleh Suhaimi Abdul Rahman atau Amy dan Nasir Daud (Nasir).

ARTIKEL BERKAITAN: Demi jaga hak arwah Yazit, Search bagi tempoh 7 hari peniaga henti kegiatan haram guna nama tanpa kebenaran!

"Kenyataan media tersebut dengan jelasnya memberitahu Home Of Champions (HOC) telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran untuk menjual pakaian dan aksesori dibeberapa laman web.

"Sehingga dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan, pihak HOC dan pihak peguam kami belum menerima apa-apa notis tuntutan dari pihak Amy dan Nasir," katanya menerusi satu kenyataan media kepada mStar.

Pihak HOC juga ingin memaklumkan kepada pelanggan dan peminat, operasi perniagaan kami berjalan seperti biasa dan akan meneruskan aktiviti pemasaran seperti yang dirancang!

MOZYLIR MOKHTARUDDIN

PENGURUS HOME OF CHAMPIONS

Pada Jumaat lalu, Nasir bersama Amy dan waris Allahyrham Yazit mempertimbangkan untuk memulakan proses perundangan terhadap Mozylir Mokhtaruddin dan Home of Champions.

Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada individu berkenaan untuk menghentikan sebarang kegiatan menggunakan nama Search dan menjawab beberapa tuntutan yang telah dihantar oleh peguam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tindakan itu diambil selepas mereka mendapati pihak HOC menggunakan nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran.

Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search - Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.



Amy, Nasir dan waris arwah Yazit adakan sidang media secara langsung di Instagram, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mozylir memberitahu HOC meneruskan operasi jualan seperti biasa dan akan mengadakan sidang media bersama peguam dalam masa terdekat.

"Pihak HOC juga ingin memaklumkan kepada pelanggan dan peminat, operasi perniagaan kami berjalan seperti biasa dan akan meneruskan aktiviti pemasaran seperti yang dirancang. Pihak kami memohon maaf diatas segala kesulitan.

"Untuk segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap perkara ini, akan dijelaskan kepada umum ketika sidang media virtual pada Jumaat ini turut dihadiri barisan peguam kami dan pihak Search Band (termasuk Kid dan Din)," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain