suria

Seronok besarkan dua anak, Nad Zainal bertuah dapat suami banyak membantu

Nad bersyukur ada suami dan keluarga membantu menjaga dua orang anaknya.

MENJAGA dua orang anak bukanlah satu tugas yang mudah namun pelakon Nad Zainal melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang suami dan keluarga yang banyak membantu.

Selepas sebulan melahirkan cahaya mata kedua bernama Budi Kalsom, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memberitahu anak perempuannya itu mudah untuk dijaga kerana tidak banyak ragam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita anak seni... mulut jangan capoi!” - Nad Zainal tegur gadis TikTok kritik Nabila Razali, busuk nama ‘budak teater’

Kehadiran anak kedua itu juga membuatkan putera sulungnya iaitu Fahad Ibrahim berasa teruja malah hampir setiap hari bertanyakan bila adiknya mahu membesar.



Nad bersama suami dan anak sulung mereka.

"Bila dah dua orang anak, sudah tentu saya bertambah sibuk la tapi Alhamdulillah, saya ada keluarga dan suami yang banyak membantu. Jadi, semuanya dipermudahkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Alhamdulillah... baby girl sangat baik, senang nak jaga dan tak banyak ragamnya. Yem (anak pertama) pun tak ada tunjuk tanda protes sejak ada adik. Cuma kalau kita puji adik, kena puji dia sekali.

"Tapi dia memang sangat gembira dengan kehadiran adik. Tapi kadang-kadang dia tak faham dan tanya bila adik nak besar. Boleh katakan setiap hari dia akan ukur ketinggian adik dia sebab tak sabar nak bermain bersama," katanya kepada mStar.

Saya tengok juga tawaran karekter yang diberikan.

NAD ZAINAL

PELAKON

Untuk rekod, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu melahirkan anak keduanya itu pada 31 Mac lalu.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang lagi anak bernama Fahad Ibrahim yang berusia lima tahun.

Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun ini memberitahu dia sepatutnya mula memasuki set penggambaran pada hujung Mei namun mengakui masih dalam dilema untuk menerima tawaran berlakon buat masa sekarang.



Nad masih belum ada kepastian untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

"Sebenarnya ikutkan saya bekerja semula pada hujung bulan Mei tapi saya masih tak tahu lagi nak ambil tawaran itu atau tidak. Buat masa sekarang, masih atas pagar lagi.

"Tak tahu nak ambil ke tidak... sebab kalau boleh saya nak Kalsom usia empat bulan ke atas baru saya mula kerja semula. Saya tengok juga tawaran karekter yang diberikan.

"Macam baru-baru ini, saya ditawarkan dengan satu karekter yang menarik juga tapi saya masih fikirkan lagi sebab nak ikut Kalsom besar sikit. Mungkin saya perlu bertahan lagi empat bulan.

"Ikutkan hati, memang nak sangat mula kerja. Cuma, sekarang pun kita dengan keadaan Covid nampak gaya macam susah penggambaran nak dijalankan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain