suria

Gara-gara alat senaman tak henti hayun, Haikal Farid alami kecacatan pada jari kelingking - “Berdarah sampai kena sembilan jahitan”

Insiden disebabkan alatan senaman menyebabkan jari kelingking Haikal Farid tidak boleh bengkok sepenuhnya.

PENYANYI Haikal Farid berkongsi detik mencemaskan apabila terbabit insiden hingga mencederakan jarinya pada September lalu.

Cerita Haikal, 21, semasa itu dia bersama beberapa rakan sedang beriadah di sebuah taman rekreasi, namun malang tidak berbau apabila alat senaman yang digunakan tidak berhenti sepenuhnya selepas selesai digunakan.

"Kecederaan kekal pada jari ini sebenarnya disebabkan kemalangan diri sendiri... pada malam itu saya dengan kawan berjalan-jalan di sebuah tasik rekreasi. Saya bermain dengan satu alat senaman, selepas selesai guna, saya pun turun dari alatan besi itu tapi ia masih bergerak.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi baharu Haikal Farid belajar terima kecaman - “Orang kata suara saya macam perempuan”

"Memandangkan alat senaman itu hayun terlalu laju, jadi ia berlaga dengan jari kelingking saya... situasi semasa itu semua terkejut, sampai berdarah jari saya dan kena sembilan jahitan.

"Saya dibawa ke klinik dan doktor jahit segera kerana bimbang pendarahan dan jangkitan. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja," katanya kepada mStar.

Kecederaan dialami Haikal di jari kelingkingnya.

Gara-gara kemalangan itu, penyanyi lagu Tak Terganti ini berkata dia mengalami kecacatan kekal di jari berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ini kerana dia tidak boleh membengkokkan jari kelingking sepenuhnya.

Haikal jalankan perniagaan online sepanjang PKP ini.

"Dia jadi bengkok sebab kulit di kawasan jahitan itu tertarik sebenarnya, boleh kalau nak betulkan semula tapi kena pembedahanlah.

"Tak apalah, saya jadikan ini kenangan untuk saya. Walaupun tak boleh bengkok dengan betul, tapi hari ini masih kuat dan boleh digunakan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Haikal berkata selepas Hari Raya Aidilfitri dia akan menyambung promosi lagu terbaharu Tak Terganti.

Di samping itu, dia juga menjalankan perniagaan secara atas talian, memandangkan tiada sebarang persembahan pentas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain