suria

Meriahkan raya anda dengan 5 filem 'blockbuster' di Awesome TV

Filem Sembilu dan Abang Long Fadil bakal ditayangkan di Awesome TV.

MESKIPUN sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa berkurung di rumah sahaja namun anda tetap dihiburkan dengan lima filem menarik di Awesome TV.

Bermula raya pertama pada Khamis hingga Ahad, Awesome TV akan menyajikan filem pecah panggung iaitu Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, KL Special Force, Sembilu dan Sembilu II.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujung minggu tak bosan lagi... Kaho Naa Pyar Hai, Hotel Transylvania dan Musafir Ke? temankan anda di Awesome TV

Abang Long Fadil yang merupakan arahan pengarah Syafiq Yusof itu dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik.



Filem Abang Long Fadil 2 dibintangi oleh Zizan dan Wak Doyok.

Filem ini mengisahkan tentang Fadil yang tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia kongsi gelap setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Saksikan filem Abang Long Fadil pada Khamis bermula pukul 10 malam dan sehari selepas itu, filem Abang Long Fadil 2 pula akan ditayangkan pada Hari Raya kedua, pukul 9 malam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Filem itu menceritakan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok).

Sebuah lagi karya Syafiq Yusof iaitu KL Special Force yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, dan Syamsul Yusof akan disiarkan di Awesome TV pada pukul 3 petang, Sabtu.



Antara babak dalam filem Kl Special Force.

Mengisahkan tentang sekumpulan unit khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh DSP Roslan yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan mafia diketuai oleh Asyraff. K

Sempena Hari Raya ini juga Awesome TV akan menayangkan filem Sembilu dan Sembilu II di slot Istimewa Retro pada Sabtu dan Ahad bermula 6 petang.

Sembilu dibintangi oleh Erra Fazira, Awie, Ziana Zain dan Mustapha Kamal menceritakan tentang Wati yang merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock terkenal.

Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati.



Filem gandingan Erra dan Awie.

Sembilu II merupakan kesinambungan kisah hubungan Awie dan Wati.

Dalam filem itu, mereka merancang untuk bertunang tetapi, kerana terlalu sibuk mereka menangguhkan pertunangan tersebut.

Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati manakala Ziana meneruskan rancangan untuk menggoda Awie untuk jatuh ke dalam perangkapnya lagi.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain