suria

Ismail Izzani rindu beraya di Johor, syukur kali ini tak sambut Aidilfitri seorang diri seperti tahun lalu

Ismail akui terlalu merindui kampung halaman di Johor selepas hampir dua tahun tidak pulang kerana PKP.

SAMBUTAN hari raya Aidilfitri tahun ini diraikan dalam suasana sederhana memandangkan negara masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai yang meluahkan rasa rindu ingin beraya di kampung halaman memandangkan sudah dua tahun mereka tidak dapat pulang dan hanya menyambutnya di Kuala Lumpur (KL).

Ini termasuklah penyanyi Ismail Izzani yang meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 hari tak jumpa kerana kuarantin, ibu Ismail Izzani tak mampu tahan sebak - “Rasa melayang hati ini tersangat rindu”

"Saya beraya di KL sahajalah bersama keluarga sebab tak boleh nak balik Pontian, Johor. Sejujurnya memang rindu sangat nak beraya di kampung, teringat kenangan main mercun dan buat persediaan sebelum sambut raya bersama saudara mara dan sepupu.

Persediaan raya lain biasa-biasa sahaja, pakai baju yang ada sahaja sebab famili pun tak dapat berkumpul semua!

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

"Itulah perkara yang saya rindukan... tapi syukur tahun ini nenek saya pun ada di KL, nenek menghidap strok, jadi terubatlah rindu kepada nenek sebab dah ada depan mata.

"Apa-apa pun saya boleh katakan raya tahun ini lebih baik dari tahun 2020 sebab tahun sebelum ini saya duduk di rumah seorang, semasa itu PKP yang memang tak boleh nak balik rumah keluarga. Alhamdulillah tahun ini saya dah bersama mereka semula," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ditanya mengenai juadah kegemarannya di pagi raya, penyanyi lagu Bidadari ini berkata dia sentiasa menantikan masakan rendang dan lemang goreng air tangan ibunya.



Ismail dan keluarga raikan Aidilfitri dalam suasana cukup sederhana.

"Saya suka makan rendang dengan lemang goreng... lemang ni istimewa sebab ramai orang tak pernah makan, dia rangup di luar tapi lembut di dalam. Ini memang menu utama yang mama akan buat.

"Persediaan raya lain biasa-biasa sahaja, pakai baju yang ada sahaja sebab famili pun tak dapat berkumpul semua.

"Jadi sambutan biasa-biasa sahaja, ibu pun sedang sibuk uruskan mengenai majlis perkahwinan kakak yang dijangka akan berlangsung tahun ini," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain