suria

Dua tahun tak balik Sabah, Adira Suhaimi sudah biasakan diri sambut Aidilfitri dengan keluarga di Kuala Lumpur

Adira Suhaimi sudah biasakan diri sambut lebaran tanpa keluarga di Sabah.

WALAUPUN sedih mengenangkan sudah dua tahun tidak dapat menyambut hari lebaran di kampung halamannya di Ranau, Sabah, namun penyanyi Adira Suhaimi akur dengan perkara itu demi kebaikan bersama.

Menurut Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 30, dia sudah pun membiasakan diri dengan keadaan itu dan reda menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga kecilnya di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungan itu baik, kami tak gaduh” - Adira dedah tak pernah kunjungi rumah madunya

"Walaupun baru setahun Covid-19 melanda Malaysia, tapi ini tahun kedua kita semua terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ini tahun kedua saya tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung... tetapi Alhamdulillah bila masuk tahun kedua, saya dah membiasakan diri.

Anak-anak Adira (dari kiri) Asan, Anggun dan Anggrek.

"Memang sedih tapi nak buat macam mana kan? Jadi saya hanya menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja bersama suami dan anak-anak," katanya kepada mStar.

Sementara itu ketika ditanya adakah dia turut terkesan dengan penularan Covid-19 yang kini semakin kembali 'mengganas', Adira tidak menafikan perkara tersebut.

Ini tahun kedua saya tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung... tetapi Alhamdulillah bila masuk tahun kedua, saya dah membiasakan diri.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

Bagaimanapun penyanyi lagu Kesempatan Bagimu itu tidak mahu menyalahkan takdir dan melihat masih ada rezeki buatnya di sebalik ujian yang melanda.

"Saya percaya ramai yang terjejas, saya juga begitu. Boleh dikatakan 70 peratus pendapatan saya terjejas selepas Covid-19 melanda sebab banyak persembahan yang terpaksa dibatalkan atau ditunda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tetapi saya sentiasa yakin dengan rezeki daripada Allah SWT, ia datang dalam pelbagai bentuk.

Adira dan suami yang lebih dikenali sebagai Datuk Red.

"Tiada tawaran menyanyi tetapi Alhamdulillah, saya masih ada tawaran untuk promosikan produk di Instagram," katanya.

Adira yang mula dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kelapan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 4, Asan, 3 dan Anggun yang kini berusia dua tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain