suria

‘Gerak Khas’ satukan Sheera Iskandar dengan abang polis... dapat sambut raya sebagai suami isteri

Sheera sah bergelar isteri anggota polis.

PELAKON Sheera Iskandar selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani, 34, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Sheera ‘Gerak Khas’ pilih anggota polis jadi calon suami, rancang kahwin sebelum Ramadan

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Sheera menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula mengenali suaminya ketika penggambaran Gerak Khas pada tahun 2019.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun disahkan bercerai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain