suria

Kongsi video bantu lori terbalik, Achey bukan nak jadi hero... tapi rasa tanggungjawab

Achey sanggup turun padang bantu menyelamatkan lori yang terbabit kemalangan, baru-baru ini.

PERKONGSIAN video memperlihatkan pelawak Achey membantu sebuah lori yang terbabit dalam kemalangan jalan raya tular dan menerima pujian peminat di laman Instagram.

Menurut Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, 34, dia berkejar ke lokasi kejadian selepas mengetahui kemalangan itu membabitkan sebuah produk wangian yang menjalinkan kerjasama dengannya sebagai duta.

Menjelaskan tujuannya memuat naik video berkenaan, Achey berkata dia bukan berniat untuk meraih pujian atau berlagak seperti hero, sebaliknya hanya ingin berkongsi rasa tanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil simpanan 10 tahun, 'let go' empat motosikal, Achey akhirnya miliki kediaman tiga tingkat - “Jual benda bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian”

"Saya memuat naik video kemalangan bukannya sengaja mahu menarik perhatian tetapi hanya nak doa orang ramai. Tak sangka pula video tu tular.

"Memang saya tak mampu nak hulur duit bantu ganti rugi, tetapi saya percaya, sokongan dan semangat perlu diberikan dalam keadaan ditimpa musibah.

Netizen puji tindakan Achey bantu lori terbalik.

"Saya sanggup menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Sebab saya tahu, jalan raya pasti sesak apabila lori terbalik. Memang betul tekaan saya, jalan raya sesak dan mereka bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya, ” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Jumaat lalu, media tempatan melaporkan sebuah lori membawa muatan produk wangian jenama SugarBomb dianggarkan bernilai RM100,000 terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara menghala ke ibu negara.

Amanah yang mereka beri bukan sekadar untuk menjual produk semata-mata tapi saya juga kena prihatin dengan apa jua perkara yang berlaku membabitkan syarikat!

ACHEY

PELAWAK

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, lori satu tan bersama pemandu dan kelendan dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) terlibat kemalangan selepas salah satu tayar belakang kenderaan itu meletup.

Video kemalangan yang dimuat naik dalam laman Instagram Achey mencuri perhatian netizen dan rata-ratanya memuji keprihatinan ahli kumpulan Bocey ini yang sanggup bergegas ke lokasi kemalangan walaupun dalam keadaan jalan raya sesak.

Sebuah lori milik terbabit kemalangan jalan raya.

Sementara itu, Achey berkata atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah meninggalkan kerja lain apabila mengetahui lori yang membawa barangan tersebut berdepan kemalangan.

"Sehari sebelum kemalangan, satu kontena produk terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini. Syarikat tentulah mengalami kerugian besar, namun ia juga disifatkan sebagai ujian pada bulan Ramadan.

"Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi kemalangan, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya... banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan.

"Sebenarnya ini adalah tanggungjawab. Amanah yang mereka beri bukan sekadar untuk menjual produk semata-mata tapi saya juga kena prihatin dengan apa jua perkara yang berlaku membabitkan syarikat, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain