suria

Dituduh pakai pemanis wajah, Ayu Damit anggap gosip paling kelakar sepanjang jadi artis - “Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah pakai susuk!”

Ayu Damit tidak mahu ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

SEPANJANG 13 tahun bergelar anak seni, penyanyi Ayu Damit memberitahu gosip mendakwa dia memakai pemanis wajah atau susuk merupakan sesuatu yang sangat menggelikan hati.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, walaupun ramai pihak menyarankan dia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan fitnah itu namun dia enggan memanjangkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka Ayu Damit sanggup berhabis RM10,000 sebulan demi nak cantik - “Biarlah kulit ‘tan’ macam ni, tak mahu ubah jadi rupa lain!”

"Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah saya pakai susuk! Memang saya gelak je bila baca cerita tu.

"Ada ramai pihak sarankan saya untuk ambil tindakan saman terhadap individu tidak bertanggungjawab yang sebar cerita kata saya pakai susuk.

"Tapi saya tak nak ambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan itu memang tidak betul... lantaklah dia nak cakap apa pun," katanya kepada mStar.

Ayu ditemui pada majlis pelancaran koleksi busana raya, 9 Generasi rekaan pereka fesyen Azirun Ramly yang berlangsung di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Ayu, jenama berkenaan turut menampilkan kolaborasi bersama tiga lagi artis tempatan iaitu Hafreez Adam, Kuna Muzani dan Rykarl Iskandar.

Ayu Damit berkolaborasi bersama pereka fesyen, Azirun Ramly.

Saya buka kedai makan, ada jual sate lagi, takkanlah saya pakai susuk!

AYU DAMIT

PENYANYI

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Ayu mengakui memperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

"Kalau nak tahu saya takut jarum, jadi tak berani nak ubah apa-apa pada bahagian badan. Malah, saya tak kisah bayar mahal dan perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil terbaik, asalkan produk yang diguna tak berbahaya.

"Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan... selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebab itu perlu ambil berat tentang penampilan.



Ayu dan suami mengusahakan ladang tanaman cili dan sayur-sayuran.

"Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah rawatan pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan," ujarnya.

Selain menyanyi, Ayu turut mengusahakan tanaman cili dan sayur-sayuran di ladang yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Tidak betah duduk diam, penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu ini juga turut menjalankan perniagaan kedai makan, Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain