suria

Rupa-rupanya Mika anak Hakim, ramai terkejut ‘plot twist’ Takdir Yang Tertulis… Nad Zainal, Elvina pun tertipu - “Padan muka korang!”

Penonton memuji jalan cerita dan lakonan mantap pelakon drama Takdir Yang Tertulis.

DRAMA Takdir Yang Tertulis (TYT) yang berakhir tayangannya pada malam Selasa menjadi topik perbualan hangat penonton sehingga menjadi trending di Twitter.

Rata-ratanya terkejut apabila mengetahui plot twist pada babak akhir yang memaparkan visual watak Hakim yang dilakonkan oleh Muaz Fitri rupa-rupanya adalah bapa kepada Mika lakonan pelakon cilik Isaac Iman.

Bukan sahaja penonton yang tertipu, malah barisan pelakon juga memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai elemen kejutan tersebut sehinggalah menonton episod akhir pada malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Chong keluar kepompong pelakon watak ringan dalam drama ‘Takdir Yang Tertulis’ - “Dulu ramai judge sebab muka macam budak-budak”

Menurut Nad Zainal, dia sendiri tidak menyangka pengarah Shahrulezad Mohameddin merahsiakan mengenai perkara itu tanpa pengetahuan mereka.

"Awal-awal terima skrip memang ada plot itu, memang pada awalnya Ijat (Shahrulezad) nak jadikan Mika anak Hakim... tapi pertengahan cerita kami tak setuju sebab kenapa Hakim nak aniaya sepupu sendiri. Jadi Ijat setuju dengan pandangan kami dan jadikan Mika anak Ean (lakonan Alvin Chong) sebab lagi comel dan sesuai, lagi pun skrip dah over run tapi tiba-tiba (ada kejutan).

Elvina dan Nad Zainal bersiaran langsung selepas berakhirnya drama tersebut yang turut menjadi trending nombor satu di Twitter.

"Kita orang memang tak tahu, saya ingat habis cerita tu keluar babak penjara, lepas tu nampak air (babak di kelab malam) ingatkan iklan... rupa-rupanya itu kejutan," katanya.

Nad bersiaran langsung di Instagram sejurus berakhirnya drama tersebut bersama pelakon Datin Elvina Mohamad yang juga merupakan salah seorang pelakon utama.

Semoga episod akhir itu mampu memenuhi selera hiburan kalian... ingat ini cuma drama ya, jadi jangan bawa ke dunia realiti.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH TYT

Sementara itu, Elvina yang membawa watak Ruhila turut mengakui tertipu dan terkejut apabila menonton babak akhir tersebut.

"Ijat buat rahsia tanpa pengetahuan kita... mereka tak cakap langsung. Kita memang tak boleh jangka idea dia, sentiasa ada plot twist yang kita tak jangka.

"Kita orang semua tertipu, tak terfikir langsung fasal Hakim... selepas habis drama itu, kami terus masuk group TYT dan Ijat hanya gelak je... padan muka korang!” tambah Elvina pula.

Pengarah, Shahrulezad merahsiakan babak akhir yang penuh kejutan.

Dalam pada itu, Shahrulezad meminta penonton bertenang dan tidak terbawa-bawa dengan emosi selepas menonton episod akhir itu.

"Semoga episod akhir itu mampu memenuhi selera hiburan kalian... ingat ini cuma drama ya, jadi jangan bawa ke dunia realiti.

"Apa-apa pun chill okay. Ia cuma drama fiksyen sahaja, tak perlu nak noya (marah) sangat. Sampai kita berjumpa lagi di lain peluang," tulisnya di Instagram.

Selain Nad Zainal dan Elvina, TYT turut dibintangi oleh Nazim Othman, Alvin Chong, Didie Alias, Iman Suhana dan Uchee Fukada.

Drama 15 episod ini ditayangkan di slot Samarinda (TV3) sejak 21 Januari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain