suria

Alvin Chong keluar kepompong pelakon watak ringan dalam drama ‘Takdir Yang Tertulis’ - “Dulu ramai judge sebab muka macam budak-budak”

Alvin Chong akui wajah 'jambu' membuatkan produser kurang yakin untuk menawarkan watak serius kepadanya.

JIKA sebelum ini sering melakonkan watak 'ringan' dan kurang serius kerana memiliki raut wajah yang kelihatan kebudak-budakan, pelakon Alvin Chong akhirnya berjaya membuktikan dia juga adalah pelakon versatil menerusi drama Takdir Yang Tertulis.

Jelas Alvin, 30, dia tidak menyangka karakter Ean yang merupakan seorang peguam dalam drama berkenaan menerima pujian penonton kerana jelas menampilkan sisi berbeza daripada watak yang pernah dijayakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Watak wanita 'ting tong' dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana - “Itu memang perangai sebenar saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Alvin Chong keluar kereta kejar peragut 'tak masuk akal'! Pengarah Takdir Yang Tertulis mengaku terlepas pandang - “Shoot dekat pukul 12 malam, sel-sel otak dah tak berhubung sangat”

"Dulu ramai judge saya sebab muka jambu, muka macam budak-budak biarpun umur dah cecah 30 tahun. Disebabkan itu juga ramai produser tak berapa yakin nak berikan watak yang serius dan matang untuk saya.

"Tapi apabila tengok Takdir Yang Tertulis, akhirnya orang nampak saya boleh bawa watak serius dengan baik, semua memuji lakonan saya sebagai Ean dan saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi mStar.

Alvin Chong bersama rakan pelakon TYT, Elvina Mohamad dan Nad Zainal.

Alvin turut berterima kasih kepada pengarah Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin kerana banyak membantu membentuk karakternya seperti yang dikehendaki oleh sutradara tersebut.

Akhirnya orang nampak saya boleh bawa watak serius dengan baik, semua memuji lakonan saya sebagai Ean.

ALVIN CHONG

PELAKON

"Sebelum terima tawaran, saya dah pernah dengar orang cakap fasal Abang Ijat yang agak tegas di set penggambaran.

"Orang cakap dia akan senang marah kalau pelakon itu tidak dapat deliver watak seperti yang dia inginkan, tapi apabila dah bekerja... saya tengok perkara itu tidak benar sama sekali.

"Abang Ijat memang sangat penyabar dan dia banyak bimbing saya untuk watak Ean seperti yang dituntut dalam drama ini," ujarnya.

Drama ini menjadi fenomena di media sosial setiap kali bersiaran.

Selain Alvin, drama berkenaan turut dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan Iman Suhana.

Drama itu ditayangkan di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Ia menjadi fenomena di laman sosial sehingga trending pada setiap kali drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu bersiaran di televisyen.

Takdir Yang Tertulis mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita yang kembali bangkit selepas suami dan syarikat miliknya dirampas oleh rakan baiknya sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain