suria

Ramai peminat patah hati Elizabeth Tan 'upload' video kahwin - “Saya tak jangka sampai ada yang nak unfollow”

Peminat hampir terperdaya dengan gimik Elizabeth berkahwin.

PENYANYI Elizabeth Tan mengakui sengaja memuat naik video dia memakai gaun pengantin berwarna putih bersama seorang lelaki berambut panjang di Instagram untuk menarik perhatian netizen.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, perkongsian tersebut merupakan gimik yang direka untuk mempromosikan lagu terbaharunya duet bersama penyanyi Hazama berjudul Beku.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan silap jual baju jenama sendiri tanpa label, terpaksa ‘refund’ duit pelanggan - “Saya betul-betul kecewa, modal bukan sikit”

Biarpun gimik itu berjaya menarik perhatian, namun Elizabeth tidak menjangkakan reaksi peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana memikirkan penyanyi berusia 28 tahun itu berkahwin.



Elizabeth memuat naik video memperlihatkan dia memakai gaun pengantin.

"Konsep dan jalan cerita untuk MV itu memang idea saya termasuklah gimik sebelum MV itu release di YouTube. Masa nak release lagu ni, rasa macam terlalu rushing dan kalau nak buat marketing macam biasa, tak effective sangat.

"Jadi, saya beritahu pihak pengurusan yang kita perlukan sesuatu untuk tarik perhatian orang ramai dalam masa yang cepat. Bagi saya, untuk berkongsi gimik video macam itu merupakan percubaan saya.

"Secara peribadi saya dah jangka ada peminat yang kecewa bila tahu kononnya saya berkahwin. Tapi saya tak jangka la sampai ada peminat yang nak unfollow laman sosial saya.

Saya rasa sangat segan nak menyanyi bersebelahan dengan Hazama.

ELIZABETH TAN

PENYANYI

"Saya terfikir macam mana kalau saya betul-betul kahwin, apa reaksi peminat. Takkan karier saya tak boleh nak teruskan... saya pun nak kena kahwin satu hari nanti," katanya kepada mStar.

Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei ini berkongsi perkara itu ketika sesi sidang media lagu Beku menerusi video secara maya pada Selasa.

Sebelum ini, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa kerana menyangkakan Elizabeth berkahwin selepas menonton video dia berpakaian seperti pengantin yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Berkongsi mengenai kerjasama dengan Hazama buat kali pertama, Elizabeth mendedahkan dia berasa dirinya tidak layak dan segan untuk menyanyi bersama penyanyi itu.



Elizabeth teruja dapat bekerjasama dengan Hazama buat pertama kali.

"Saya memang peminat Hazama dari dulu. Saya rasa sangat segan nak menyanyi bersebelahan dengan Hazama. Bila saya dengar demo yang Hazama dah rakam part dia, terus saya rasa tak layak untuk menyanyi dengannya.

"Saya belum di tahap dia lagi... saya belum rakam bahagian saya sebab rasa macam teruk sangat dan tak cukup pengalaman. Bila dah masuk studio, Hazama banyak membantu dan tunjuk ajar kepada saya.

"Tapi sejujurnya saya memang segan dengan Hazama dan dalam pada masa yang sama, saya juga bersyukur dapat peluang bekerjasama dengan dia," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain