suria

Hitung hari bersalin anak kedua, Scha Alyahya akui kehamilan kali ini berbeza - “Beberapa kali pedih ulu hati sehingga menjadikan saya lemah dan keletihan”

Scha memberitahu bayi dalam kandungannya membesar dengan baik.

HANYA menghitung hari menimang cahaya mata kedua, pelakon Scha Alyahya mengakui kehamilan kali ini memberi pengalaman berbeza kepada dirinya.

Bukan sahaja sering keletihan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya turut mengalami pedih ulu hati dan reflux asid membuatkan dirinya lemah.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal risau Scha banyak berubah ketika hamil - “Tengok TV pun tutup suara, dia rasa rimas dan sensitif dengan bunyi”

Menurut pelakon berusia 38 tahun ini, bayi dalam kandungannya juga membesar dengan baik dan berharap proses bersalin berjalan lancar.



Scha dan Awal bakal timang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

"Insya-Allah baby akan lahir bila-bila masa harapnya. Sejujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini, saya berasa sangat bersedia untuk kehamilan kedua saya.

"Untuk mengatakan bahawa ia berbeza dengan kehamilan pertama adalah sesuatu kenyataan yang tidak jelas. Saya tak jangka keletihan ini memberi kesan kepada diri saya dan saya mahu ia berlalu dengan cepat.

"Kena beberapa kali pedih ulu hati dan reflux asid yang saya perlu hadapi setiap hari menjadikan diri saya lemah sehingga hari ini. Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah cuma trimester pertama saja mencabar.

Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah.

SCHA ALYAHYA

PELAKON

"Baby pula sihat, terbesar pula dalam perut ini. Tiada dua kehamilan yang sama tapi mereka berdua luar biasa dengan cara tersendiri. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah kami akan kongsi berita dengan anda tidak lama lagi," katanya.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkongsi mengenai perkara tersebut dengan memuat naik foto dia memperlihatkan baby bump menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja menantikan kelahiran anak kedua pasangan selebriti itu dan mendoakan agar segala urusan Scha bersalin berjalan dengan lancar.



Scha bersama suami dan anak mereka.

"Kehamilan kedua lagi takut sebab dah tahu rasa dia macam mana beranak. Insya-Allah semoga dipermudahkan segala urusan!

"Gorgeous momma! Semoga dipermudahkan semuanya untuk anda dan keluarga, Scha! Lots of love.

"Tak sabar nak menantikan cahaya mata kedua Scha! Semoga dipermudahkan segala urusan. Scha mengandung pun cantik saja," komen beberapa netizen.

Pelakon drama popular Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! ini mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain