suria

Watak wanita 'ting tong' dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana - “Itu memang perangai sebenar saya”

Watak gadis sengal yang dibawa Iman Suhana dalam drama Takdir Yang Tertulis dilihat cukup menghiburkan.

PELAKON Iman Suhana mengakui watak wanita bebal sebagai Ruzita dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) telah membuka mata banyak pihak terhadap bakat lakonannya.

Menurut pemilik nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid, 31, ini dia sama sekali tidak menyangkakan lakonannya dalam drama itu akan mendapat perhatian di sebalik nama besar lain yang turut terlibat dalam naskhah yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Alvin Chong keluar kereta kejar peragut 'tak masuk akal'! Pengarah Takdir Yang Tertulis mengaku terlepas pandang - “Shoot dekat pukul 12 malam, sel-sel otak dah tak berhubung sangat”

"Alhamdulillah, saya akui drama ini telah menonjolkan bakat saya dan ramai pihak sudah mula buka mata.

"Setakat ini, semua penonton berikan komen positif terhadap watak Ruzita, malah mereka pun dah beri nama gelaran seperti Ita Ting Tong dan Ita Milo Tabur pada saya.

"Ramai cakap bila tengok watak saya walaupun antagonis, tapi tak jadi nak marah sebab terhibur dengan watak ting tong yang dibawakan Ita," katanya ketika dihubungi mStar.



Iman bersama dua pelakon utama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

Melihat kepada karakternya yang agak gila-gila dalam drama tersebut, Iman mengakui perwatakan sebenarnya di luar juga adalah sebegitu.

"Kalau nak tahu itu memang perangai sebenar saya tapi dengan orang-orang yang rapat dengan saya sahajalah seperti keluarga dan teman rapat.

"Kalau dengan orang yang baharu kenal, buang tabiat pula kalau saya nak berperangai sebegitu," katanya berseloroh.

Enggan terus dikenali dengan watak sama, Iman berharap selepas ini ada pihak yang akan menawarkannya karakter yang lebih mencabar agar resume seninya dapat dipelbagaikan.

"Sebelum ini pun saya pernah membawakan karakter lebih kurang sama menerusi drama Monalisa yang disiarkan beberapa tahun lepas.

Kalau nak tahu itu memang perangai sebenar saya tapi dengan orang-orang yang rapat dengan saya sahajalah seperti keluarga dan teman rapat.

IMAN SUHANA

PELAKON

"Harap selepas ini saya dapat realisasikan impian untuk berlakon watak psiko. Itu memang watak yang menjadi idaman saya sejak daripada dulu lagi," katanya yang mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Jurusan Teater (Pengarahan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).



Iman Suhana bersama suami dan anak perempuannya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada tahun 2018. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Selain Iman, TYT yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin turut dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan Alvin Chong. Ia disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



mStar kini di TikTok

@mstarmalaysia

Tahniah Intan & Harris! Foto credit: IG @fillea_studio ##mstar ##mstartiktok ##fyp ##HarrisIntan

Selamat Pengantin Baru - Puan Sri Saloma

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

‘Jangan terlalu harapkan Ronaldo’

'Barcelona yang dulu bukanlah yang sekarang'