suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Genap setahun Abam pergi… Fad (Bocey) masih rindu, terngiang-ngiang gelak arwah - “Bila kau pakai baju ni dulu aku selalu bahan kau”

Fad mengakui terlalu merindui sahabat baiknya, Allahyarham Abam.

GENAP setahun pelawak Abam meninggal dunia, anggota kumpulan Bocey iaitu Fad mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih menebal dalam diri.

Fad atau nama sebenar Fadzlie Mohd Nizam, 30, berkata setiap hari dia teringatkan gurauan dan kenangan indah ketika bersama Allahyarham.

Malah sehingga kini dia masih lagi menyimpan salah satu baju milik arwah yang menjadi kenangan antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan meratap tapi sebab rindu” - Fad Bocey minta netizen yang kurang senang henti ikut laman sosial

"Genap setahun kau tinggalkan kami, rindu ini tak pernah berubah, doa aku sentiasa ada untuk kau. Sayang ini terus mekar sampai bila-bila.

"Setiap hari terngiang-ngiang suara gelak kau, suara kau bercakap.



Fad tulis luahan hati di Instagram.

"Hati ini hanya rindu... ini antara baju yang selalu kau pakai dulu, bila kau pakai baju ni dulu aku selalu bahan kau kan? Terus bahagia di dunia abadi sahabat. Al-Fatihah untuk Allahyarham Syed Umar Mokhtar," katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Selain memuat naik foto kenangan bersama Allahyarham Abam, Fad turut berkongsi gambar baju berwarna hitam dengan corak beruang milik arwah yang berada dalam simpanannya.



Kenangan bersama arwah Abam tak pernah hilang dalam ingatan.

Sementara itu, seorang lagi anggota Bocey iaitu Achey turut mengakui perasaan rindu terhadap sahabat baik mereka itu tidak pernah berkurang meskipun sudah setahun arwah meninggal dunia.

Achey berkata pemergian Abam bukan satu kehilangan kerana dia dan Fad merasakan Abam sentiasa ada bersama dengan mereka.

Pada 10 Februari tahun lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain