suria

Kelihatan berisi, peminat syak Mira Filzah dah hamil, ini komen tuan punya badan!

Peminat membuat spekulasi Mira Filzah kini sedang berbadan dua.

PELBAGAI andaian dibuat peminat Mira Filzah selepas pelakon itu memuat naik foto terbaharunya di laman Instagram pada Selasa.

Menerusi posting itu, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, berisi dan seakan-akan ‘baby bump’ menandakan kemungkinan besar aktres itu kini sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

Enggan membiarkan peminat terus membuat spekulasi, Mira kemudiannya membalas komen seorang netizen dengan memberitahu perutnya buncit.

"Saya buncitlah," jawabnya ringkas di laman Instagram.

Mira Filzah menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

Foto yang dikongsikan Mira itu menarik perhatian peminat apabila setakat ini ia telah menerima sebanyak lebih 223,000 tanda suka.

Menerusi foto tersebut, Mira menggayakan persalinan baju satin berwarna biru lembut.

Mira mendirikan rumah tangga dengan seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 31, pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Emir merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Majlis persandingan pelakon Sweet Dreams ini disifatkan sebagai Wedding of the Year tahun lalu apabila pelakon pujaan ramai ini mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain