suria

Bibir dan mata Ramona Zamzam bengkak, dua hari derita akibat alahan - “Kelihatan seperti saya buat pembedahan plastik yang gagal!”

Ramona Zamzam alami alahan padan wajah dan badan.

TIDAK pernah mengalami alergi makanan sepanjang hidup, pelakon Ramona Zamzam berkongsikan detik cemas apabila bibir dan matanya membengkak akibat alahan pada makanan.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagramnya, Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Mohd Zamzam, 31, berkata, dia menyedari perkara itu sejak dua hari lalu apabila terdapat bintik-bintik timbul di badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Itu loket siput! Ramona Zamzam rimas dianggap jahil - “Semua benda nampak macam lambang salib ke?”

"Tolong! Siapa yang biasa alami alergik terhadap makanan, tolong kongsikan pengalaman anda dengan saya.

"Sebenarnya, dah dua hari saya perasaan macam ada bintik bintat (seperti digigit nyamuk).

"Semalam (Isnin) ia mula menjadi teruk, daripada bentuk gigit nyamuk selepas itu ia semakin membesar dah jadi macam peta dunia dah," katanya.

Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mengatakan pengalaman pertama alergi terhadap makanan itu turut melibatkan perubahan ketara pada bahagian bibir dan matanya.



Bibir Ramona membengkak teruk akibat alergik makanan.

"Hari ini (Selasa), saya bangun tidur tengok mata saya dah senget sebelah serta bibir pula semakin membengkak, ia seolah-olah kelihatan seperti saya telah buat pembedahan plastik yang gagal pada bahagian itu.

"Peta dunia penuh satu badan, bayangkan kena gigit nyamuk tapi bintik-bintik besar ada di seluruh badan. Tapi kat muka jadi bengkak macam dalam gambar ni, macam kena tumbuk," ujarnya.

Pelakon filem Castello itu turut berkata dia sudah mendapatkan rawatan daripada doktor pakar kulit pada pagi Selasa.

Bibir pula semakin membengkak, ia seolah-olah kelihatan seperti saya buat pembedahan plastik yang gagal pada bahagian itu.

RAMONA ZAMZAM

PELAKON



Ramona bersama suami dan anak perempuannya.

"Saya dah pergi ke klinik kulit pagi tadi dan dah dapatkan suntikan, ada makan ubat dan dibekalkan dengan ubat losyen untuk sapu.

"Saya tidak biasa dengan situasi seperti ini kalau ada dalam kalangan anda yang dah biasa melalui perkara sebegini, tolong kongsikan pengalaman anda," luah Ramona.

Untuk rekod, pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini berkahwin dengan lelaki Palestin, Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivanna Alashkar yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain