suria

Terdedah dengan kontak rapat, Elfira Loy buat ujian calitan Covid-19 pada anak - “Keadaan sekarang okay untuk kata tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita!”

Anak Elfira Loy terpaksa menjalani ujian calitan Covid-19 kerana terdedah dengan kontak rapat.

SELEPAS anak pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel terpaksa melalui ujian calitan Covid -19, seorang lagi anak selebriti iaitu anak kepada Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf pula harus mengharungi detik yang sama.

Menerusi laman Instagram anaknya, Elfira berkongsikan Rayyan terpaksa melalui ujian calitan itu kerana dipercayai terdedah dengan kontak rapat individu dijangkiti virus berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tak mahu ambil risiko, elak bawa anak keluar rumah - “Kita punyalah jaga SOP tapi ada yang tak takut kena saman”

"Saya kongsikan di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu. Untuk keadaan sekarang ia adalah okay untuk bertegas kata tidak untuk orang yang nak datang rapat dengan anak kita.

"Terutama sekali bila kita orang tu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.

Elfira berkongsikan video ujian calitan yang dibuat anaknya.

"Rayyan tak keluar tapi nak jadikan cerita, dia merupakan salah seorang kontak rapat (kepada seseorang yang disahkan positif Covid-19)," katanya.

Walau bagaimanapun, Elfira memanjatkan rasa syukur selepas anaknya disahkan negatif daripada wabak berbahaya itu.

Untuk keadaan sekarang ia adalah okay untuk bertegas kata tidak untuk orang yang nak datang rapat dengan anak kita.

ELFIRA LOY

PELAKON

Menganggap ia satu keajaiban, Elfira bersyukur sistem imunisasi anaknya cukup kuat dalam berhadapan situasi tegang sebegitu.

"Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Kuat sistem imunisasi anakku dan syukur pada Allah kerana lindungi dia.

"Ia merupakan satu keajaiban sebab boleh dikatakan dia terdedah (pada individu positif Covid-19) untuk beberapa jam tapi tiada apa-apa," ujarnya.

Pelakon ini turut menitipkan pesan kepada peminatnya agar sentiasa menjaga diri dan tidak lupa untuk mengambil vitamin C.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia 15 bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain