suria

Sedang main teka-teka umur, tiba-tiba ada suara perempuan menangis ‘join’ live IG Shuk Sahar - “Jujur cakap, saya baru duduk rumah ni”

Shuk dimaklumkan oleh pengikut mengenai bunyi misteri semasa live di Instagram.

PELAWAK Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi misteri kerana terlalu fokus melayan pengikut.

"Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya... saya memang tak dengar apa pun waktu live tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berenggang dengan isteri selepas isu curang, Shuk Sahar akui buat kesilapan - “Saya akan cuba pertahankan keluarga saya!”

"Mula-mula saya live biasa je... lepastu kami main teka-teka umur dan nama... siapa menang dia dapat duit RM150.

"Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya.

Bunyi wanita menangis dikesan semasa Shuk Sahar buat siaran langsung di Instagram.

Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian misteri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut.

Saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya!

SHUK SAHAR

PELAWAK

Lebih menakutkan apabila ada pengikut yang sempat merakam bunyi misteri itu dan menghantar kepadanya sejurus selesai bersiaran langsung.

"Bila orang hantar screen recorder dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis, ” ujarnya.

Shuk dan keluarga baru mendiami kawasan tersebut.

Sementara itu, Shuk berkata pada malam itu dia bersiaran langsung di rumahnya yang baru sahaja didiami.

"Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk dan belum sempat buat doa selamat lagi.

"Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang turut menyertai siaran langsung itu mengesahkan kehadiran suara misteri itu.

"Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah saja, mula-mula masa teka beg tu, masa tu dah dengar bunyi menangis tapi buat bodoh je... seram!

"Seriuslah! Tadi saya ingat ada orang main-main sebab Abang Shuk buat macam tak kisah je.

"Saya dengar tadi masa Shuk nak video call pemenang tiba-tiba dengar suara perempuan menangis... dengar benda yang sama, lepas itu semua cakap benda sama," antara komen pengikut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain