suria

Jom tonton ‘Mic On!’ episod 12, 13 boleh menang motosikal… kalau tak nak jual jer!

Tonton Mic On! episod 12 dan 13 berpeluang menang motosikal baharu.

STESEN televisyen Awesome TV menawarkan hadiah berupa sebuah motosikal baharu kepada penonton bertuah menerusi peraduan Tonton dan Menang Motosikal.

Peserta yang ingin menyertai pertandingan itu harus mengikuti beberapa syarat yang ditetapkan antara menonton program nyanyian Mic On! episod 12 yang akan bersiaran Jumaat ini dan episod 13 pada 29 Januari depan.

Penonton dikehendaki menyimpan enam kata kunci yang akan disiarkan sepanjang siaran program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelanggang Mic ON! dibuka, 12 peserta tunjuk bakat terpendam

Mereka kemudian dikehendaki memuat naik kata kunci itu di akaun Instagram masing-masing secara kreatif, tag tiga rakan dan sertakan hashtag #TontonMicOn #KalauTaknakJualJer.

Sudah hantar penyertaan... pastikan Instagram anda tidak diprivasikan untuk memudahkan pihak produksi memilih pemenang.



Syarat penyertaan peraduan Tonton dan Menang Motosikal.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada pukul 12 tengahari, 31 Januari ini.

Pemilihan pemenang akan dibuat secara rawak oleh pihak Awesome TV dan akan diumumkan melalui akaun Sosial Media Awesome TV.

Mic On! adalah program realiti nyanyian pertama terbitan di Awesome TV, di mana program yang mencari bakat nyanyian yang diuruskan oleh pelawak iaitu Shuk Sahar, Fad dan Ropie.



Juri tetap Mic On!, Datuk M. Nasir dan Mas Idayu.

Juri tetap Datuk M. Nasir dan Mas Idayu, manakala Nana Mahazan sebagai hos rancangan.

Mic On! episod 12 dan 13 boleh ditonton melalui saluran 123 di Astro dan saluran 112 di MyTV pukul 9.30 malam hingga 11.30 malam.

Ikuti perkembangan terkini Mic On! melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV dan siaran tertunda Mic On! boleh ditonton melalui laman web rasmi www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain