suria

Sisi lain Kaka Azraff dalam 'Karma' bergandingan dengan penyanyi Indonesia Jazz Hayat

Kaka bekerjsama dengan Jaz menerusi lagu duet berjudul Karma.

SEBELUM beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35, penyanyi Kaka Azraff tampil dengan lagu terbaharu bergandingan dengan penyanyi kelahiran Brunei yang menapak di Indonesia iaitu Jaz Hayat berjudul Karma.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, dia bersetuju untuk bergandingan dengan Jaz kerana lagu tersebut mempunyai melodi dan susunan muzik yang sememangnya sedap didengari.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga diperkatakan gara-gara 'unfollow' suami di IG, ini penjelasan Kaka Azraff

Malah, Kaka berasa teruja kerana buat pertama kali dia menyanyikan sebuah lagu belada yang memperlihatkan sisi lain dirinya dan turut mendapat bantuan daripada penyanyi Afif Tirmizie dari segi vokal.



Kaka teruja dapat menonjolkan vokal menerusi lagu belada pertamanya.

"Paling meyakinkan saya adalah melodi serta susunan muzik itu sendiri memang sedap. Saya rasa ia sebuah lagu balada dan runut bunyi yang sangat berkualiti. Sebenarnya saya tidak berjumpa dan berhubung dengan Jaz.

"Kami merakamkan lagu ini secara berasingan memandangkan dengan keadaan dan Jaz terima audio yang sudah ada rakaman vokal saya. Karma sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini.

"Saya sendiri tak pernah terbayang akan nyanyikan lagu sebegini. Sebenarnya ia menunjukkan sisi lain Kaka Azraff kerana ini lagu balada pertama yang benar-benar menunjukkan vokal saya yang dibantu oleh Afif Tirmizie," katanya kepada mStar.

Menerusi lagu ini, saya benar-benar melakukan sesuatu yang di luar genre sendiri.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

Lagu yang mendapat sentuhan Farouk dan Aisha Retno itu merupakan runut bunyi untuk drama akan datang bertajuk Takdir Yang Tertulis lakonan Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong.

Jaz antara penyanyi muda di Indonesia yang kian mendominasi carta-carta muzik di sana dan mula mendapat perhatian selepas muncul dengan lagu berjudul Dari Mata pada tahun 2016.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gila ini mengakui lagu tersebut merupakan percubaan keluar daripada zon selesanya dan untuk mendapatkan harmoni dalam nyanyian mereka sesuatu yang sukar.



Jaz teruja dan berbesar hati dapat bekerjsama dengan Kaka.

"Kebiasaan lagu saya adalah yang berentak santai dan riang. Namun, menerusi lagu ini, saya benar-benar melakukan sesuatu yang di luar genre sendiri. Bahagian paling susah adalah harmoni antara nyanyian kami berdua.

"Terima kasih pengarah vokal saya iaitu Danish yang banyak membantu dari segi melancarkan nyanyian saya. Tentunya memang sangat mencabar buat saya.

"Ia sebuah lagu balada yang perlu penjiwaan berat di mana saya sendiri secara peribadi lebih terbiasa dengan melodi riang. Alhamdulillah, saya sudah mendengar hasilnya dan sangat berpuas-hati," ujarnya.

Sementara itu, Jaz meluahkan rasa gembira dan berbesar hati apabila dapat diberi peluang terbabit dan bekerjasama dengan Kaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Dulu pengemis, kini bertanding ratu cantik