suria

Beto Kusyairy ‘fed up’ dengan lanun cetak rompak, enggan lagi terlibat dengan drama KL Gangster Underground - “Nak sambung musim ketiga? Gantilah orang lain!”

Beto tidak mahu turut serta jika KL Gangster Underground disambung ke musim ketiga.

TERKILAN tiada tindakan keras diambil terhadap 'lanun' cetak rompak, pelakon Beto Kusyairy nekad tidak mahu lagi terlibat jika drama siri KL Gangster Underground disambungkan ke musim ketiga.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menyokong drama tersebut menerusi saluran yang betul iaitu WeTV dan Iflix.

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy siap sedia ‘payung’ jika tak boleh bekerja - “Saya bukan jenis suka meminta... beruntung ada buat simpanan”

Beto yang memegang watak sebagai Shah memberitahu kesemua barisan pelakon hanya mengharapkan kemajuan biarpun tidak menerima satu sen pun daripada keuntungan jumlah tontonan yang sah.



Beto berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Nak sambung musim ketiga? Jangan harap. Gantilah orang lain walaupun Shah masih hidup. Aku fed up dah bila tiada tindakan keras diambil ke atas lanun-lanun cetak rompak ni.

"Yang menyokongnya pun sama. Jutaan terima kasih kepada semua yang menonton tidak kira VIP atau yang sanggup menunggu tontonan percuma di platform yang betul iaitu weTV dan Iflix.

"You guys rawk! Walaupun kami selaku pelakon takkan dapat sesen pun daripada tontonan yang sah, apa yang diharapkan cuma kemajuan. Untuk maju perlukan sokongan yang betul dari semua pihak," katanya.

Untuk maju perlukan sokongan yang betul dari semua pihak

BETO KUSAIRY

PELAKON

Beto meluahkan kekecewaan itu menerusi laman Instagram miliknya selepas drama siri Kl Gangster Underground 2 sudah berakhir pada Jumaat.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata positif daripada peminat drama tersebut dan juga rakan selebriti yang bersetuju dengan kenyatan Beto itu.

Dalam pada itu, pelakon filem Bisik Pada Langit ini berharap drama enam episod itu bakal dibawa ke antarabangsa iaitu Anugerah Oscars.



Barisan pelakon drama siri Kl Gangster Underground.

"Road to Oscars right? Mimpi itu adalah keajaiban anugerah, tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah, terasing di cermin kenyataan, kehidupan yang ganas dan kejam, bunuhlah mimpi itu anakku.

"Kau membunuh segala palsu, lagu dan rindu, Yang selalu menipumu. Shah... signing off. Bye #KLGU #KLGU2," ujarnya.

Selain Beto, drama tersebut turut dibintangi oleh Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Amerul Affendi, Namron, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan Keith Foo.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain