suria

Sudah 23 tahun, filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ masih jadi pilihan ramai... Imbau memori pada hujung minggu di Awesome TV

Kuch Kuch Hota Hai gandingan SRK, Rani dan Kajol.

SEMPENA menyambut tahun 2021, Awesome TV bakal mengimbau kenangan dengan menyiarkan filem hindustan paling popular iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) pada pukul 9.30 malam Ahad melalui saluran 112, MyTV.

Ia merupakan sebuah filem komedi asmara berbahasa Hindi yang dikeluarkan di India dan United Kingdom pada 16 Oktober 1998.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib tak menyebelahi Habib, tersingkir di minggu keenam 'Mic ON!'

Walaupun filem tersebut berusia 23 tahun namun ia mempunyai peminatnya tersendiri yang tidak pernah jemu untuk menontonnya berulang kali.

Filem tersebut dibintangi pasangan layar perak yang popular iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol manakala Rani Mukerji pula muncul sebagai pelakon pembantu selain penampilan khas Salman Khan.

Antara babak dalam filem tersebut. Foto: Screenshot YouTube

KKHH mengisahkan cinta segitiga antara Rahul Khana (Shah Rukh Khan), Anjali Sharma (Kajol) dan Tina Malhotra (Rani Mukherjee).

Persahabatan Anjali dan Rahul adalah sangat baik sehingga muncul mahasiswi daripada University Oxford yang bernama Tina Malhotra.

Penampilan Tina yang menarik dan feminim sangat berbeza dengan perwatakan Anjali yang sangat kasar.

Kemunculan Tina telah membuatkan persahabatan Anjali dan Rahul tidak lagi seperti dulu.

Lakonan berkesan SRK dan Kajol menerusi filem hebat sepanjang zaman, Kuch Kuch Hota Hai.

Akhirnya Anjali membawa diri untuk menyembunyikan perasaannya terhadap Rahul.

Hasil perkahwinan Rahul dan Tina, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama sempena rakan baik mereka iaitu Anjali.

Anjali yang berumur lapan tahun telah membaca satu surat daripada ibunya supaya menyatukan kembali Anjali (Kajol) dan bapanya, Rahul.

Pelbagai rintangan untuk menemukan mereka yang sudah lama terpisah namun kenangan lama membuatkan mereka masih mengingati antara satu sama lain.

Penonton juga boleh mengikuti perkembangan terkini Awesome TV melalui kesemua akaun media sosial saluran berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain