suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minggu kelima Mic ON! bertemakan rock saksi penyingkiran Yad

Yad menjadi mangsa penyingkiran minggu lalu.

TUAH tidak menyebelahi Yad apabila namanya diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir dalam program realiti nyanyian Mic ON!

Yad yang mempertaruhkan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar nyanyian asal kumpulan Exists menerima komen kurang memberansangkan daripada dua juri tetap iaitu Datuk M. Nasir dan Mas Idayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Hazama, Yujie peserta kedua tersingkir di konsert Mic ON!

Menurut M. Nasir, Yad mempunyai potensi namun nada yang terlalu tinggi tidak sesuai dengan suaranya.

Mengakui sedikit kecewa, namun ia bukanlah penamat kepada minat Yad untuk terus meneroka seni muzik.



Perjuangan Yad terhenti pada minggu kelima konsert Mic ON!

Dengan penyingkiran Yad, perjuangan Mic ON! kini diteruskan dengan sembilan orang peserta iaitu Herman Braka, Jiwa, Sunio, Qmir, Meerlyn, Habib, Aaron, Azmi dan Ainnur.

Mic On! adalah program realiti yang pertama disiarkan di Awesome TV Setiap peserta diletakkan di bawah jagaan tiga orang pengurus iaitu Shuk Sahar, Ropie dan Fad.

Program ini dihoskan oleh Nana Mahazan.

Mic On! bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 9 malam melalui saluran 112, MyTV. Ulangan program boleh ditonton melalui laman sesawang Awesome TV, www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain