suria

Ashira terima banyak mesej daripada duda, siap bagi nombor telefon ajak kahwin - “Bukan memilih tapi dah macam pangkat bapa!”

Ashira belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

SEPANJANG menyetai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi Ashira mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada peminat yang menyatakan hasrat mahu menjadikannya isteri.

Cerita Ashira atau nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, ada antara mereka berani menghantar nombor peribadi dan merayu untuk bertemu dirinya.

"Ramai DM saya di Facebook dan Instagram... ada yang mesej cakap kita sama-sama janda dan duda, terus terang tanya saya nak apa dan ajak kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tonton persembahan Ashira - “Insya-Allah tamat GV7 nanti saya akan cari rumah agar kami dapat tinggal bersama seperti dulu”

"Siap ada yang beri nombor telefon dan nak jumpa untuk kenal-kenal! Memang banyak mesej macam itu saya terima... tapi saya tak balas, hanya baca sahaja.

"Tapi saya sempatlah tengok profil mereka dan kebanyakan ialah lelaki lebih berusia, bukan memilih tau... tapi ada antara mereka dengan saya ibarat macam pangkat bapa dengan anak," katanya kepada mStar.



Ashira selesa hidup bujang bersama anak sulungnya.

Ashira sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, 14, namun rumah tangga yang dibina itu berakhir pada 2015.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Ashira memberitahu dia masih belum memikirkan mengenai hal tersebut.

"Mungkin dah terlalu lama jadi bujang dan tinggal bersama anak, jadi tak terfikir lagi nak cari pengganti... hati belum terbuka lagi.

Mungkin dah terlalu lama jadi bujang dan tinggal bersama anak, jadi tak terfikir lagi nak cari pengganti... hati belum terbuka lagi!

ASHIRA

PENYANYI

"Kalau tanya tentang kriteria suami yang dicari, saya tak memilih tentang tentang usia, tak kisah muda atau tua. Kalau ada jodoh, ada la!" ujarnya.

Dalam pada itu, Ashira berkata dia akan memberikan tumpuan penuh terhadap kerjaya nyanyian selepas berakhirnya GV7 ini.

Malah, dia sudah merancang untuk mengeluarkan lagu baharu istimewa untuk peminatnya.



Ashira mahu serius dan fokus dengan karier seni.

“InsyaAllah, selepas berakhirnya GV7 nanti saya akan keluarkan single baharu. Sekurang-kurangnya dapatlah mengubati kerinduan peminat yang menyokong saya sejak dahulu.

“Sebenarnya sebelum menyertai GV7, saya memang tak ada niat nak kembali menyanyi secara komersial tetapi apabila masuk program itu dan ada peminat baharu pun mula beri sokongan, saya jadi kembali bersemangat,” katanya.

Sebelum ini, Ashira mengakui dia hilang punca pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu berikutan pandemik wabak Covid-19.

Malah disebabkan tidak mampu membayar sewa rumah bulanan RM1,200 selama enam bulan, Ashira dihalau keluar sehari selepas mendapat berita terpilih menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ashira, gegar vaganza 7, gv7,

Artikel Lain