suria

Zizi Kirana 'sound' netizen biadab, naik seram baca komen kurang ajar - “Mereka ni macam tak pernah diajar apa itu adab”

Zizi Kirana menegur netizen yang meninggalkan komen tidak beradab.

TINDAKAN segelintir netizen menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.

Zizi berkata segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan.

Justeru itu, penyanyi lagu Eh ini menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan dengan isu semasa, Zizi Kirana berehat 5 hari dari laman sosial - “Sekarang jalan terbaik mengadu pada Allah”

"Nak tegur sikit... saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim!



Zizi kecewa baca komen tidak beradab netizen.

"Kalau membina tak apa... tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab.

"Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?" katanya kepada mStar.

Tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun ini berkongsi luahan rasa kecewanya itu menerusi Instastory pada Rabu.

Selepas 10 tahun bergelar anak seni, penyanyi berasal dari Sabah ini berkata dia sudah lali dan kalis daripada sebarang kecaman netizen.

Dalam masa sama dia turut meminta orang ramai menjaga tutur kata dan tidak melemparkan kata-kata kebencian di media sosial.



Zizi pernah tutup laman sosial kerana rimas dengan komen netizen.

"Sepanjang jadi penyanyi, saya dah lali dengan apa pun kata netizen, biarlah mereka nak tulis apa pun... memang netizen macam itu!

"Tapi kita kena sedar tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna," ujarnya.

Pada Oktober lalu, Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari kerana rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat netizen.

Zizi mengakui dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pemain EPL ditahan atas 2 dakwaan rogol