suria

Rasa bersalah terhadap anak-anak, Diana Danielle akan perlahankan kerjaya lakonan - “Saya korbankan banyak benda tahun ini”

Diana sedih bila terpaksa berjauhan dengan anak-anak.

TERPAKSA berjauhan dengan anak-anak disebabkan kerja merupakan satu pengalaman yang sukar buat pelakon Datin Diana Danielle.

Menurut isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini, setiap kali bekerja dia sentiasa teringat anak-anaknya iaitu Nur Aurora dan Muhammad yang berada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle ‘bersuara’ isu tiada air, tegur pihak berkuasa supaya tegas - “Kalau sekadar denda RM60,000 dia heran ke?”

"Saya tidak boleh berjauhan daripada anak-anak. Tiada seorang ibu yang gembira dalam satu malam tanpa mereka. Waktu saya untuk bersendirian hanya beberapa jam saja.



Diana kongsi perkara itu di laman Instagram.

"Sukar untuk mengaku sebab saya tak suka orang clingy tapi saya pula jadi macam itu sekarang. Kembali bekerja dan berada di set sentiasa menjadi benda yang paling sukar untuk dilakukan.

"Walaupun saya suka skrip, jalan cerita dan semuanya tapi dalam masa beberapa hari sebelum kerja, saya akan menangis (inside), rasa berat dan bersalah cukup dalam hati.

"Setiap hari seperti bila nak habis... nak ajar Aurora melukis ikan dan nak tolong Momad siapkan kerja sekolah atau nak tukar susunan bilik mereka (lagi)," katanya.

Pelakon drama Syurga Untukmu itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Saya boleh bad mood sangat dan tak ada hati untuk kerja.

DIANA DANIELLE

PELAKON

Dalam pada itu, Diana memberitahu emosinya juga akan terganggu dan berasa tidak mahu bekerja setiap kali merindui dua orang anaknya.

"Selalunya, selepas setiap projek, saya akan berehat untuk sekurang-kurangnya sebulan, baru boleh pujuk hati untuk kerja balik. Bila saya depress rindu anak, teruk.

"Saya boleh bad mood sangat dan tak ada hati untuk kerja. Kalau sebelum Covid, Aurora dah serupa PA saya dah. Saya angkut saja sebab sama-sama rindu.

"Momad (Muhammad) kadang-kadang (ikut) sebab dah besar tapi dia akan selalu video call tanya bila nak balik," ujarnya.



Diana bersama anak-anak dan suami, Farid Kamil.

Sementara itu, Diana mendedahkan dia akan memperlahankan kerjaya seninya pada tahun hadapan bagi meluangkan masa bersama keluarga.

"Tahun hadapan, saya nak perlahankan. Saya korbankan banyak benda tahun ini. Saya terpaksa mengatasi sesuatu yang sangat menyakitkan. Banyak masa, usaha dan wang terbuang.

"Jadi, cukup... saya dah selesai satu isu dalam 2020. Tahun depan Insya-Allah, saya nak jadi ibu yang sentiasa di rumah, baking dan menghias tapi tidak bermaksud saya tidak akan sibuk.

"Saya nak keluarkan lagu, kembali menari, cipta content yang boleh buat anda semua rasa dekat dengan saya. Buat sesuatu yang akan beri saya lebih masa dengan anak-anak saya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain