suria

Naim Daniel tunai janji selepas MV 'Purnama' trending nombor 1 di YouTube - "Saya bukan scam... saya kata potong rambut bukan nak botakkan”

Naim tetap tunaikan janji potong rambutnya walaupun hanya sedikit sahaja.

SELEPAS lima hari dimuat naik, video muzik lagu baharu penyanyi Naim Daniel berjudul Purnama berjaya menjadi trending nombor satu di saluran YouTube pada malam Rabu.

Biarpun hanya beberapa jam sebelum kedudukan itu diambil oleh lagu Tolonglah nyanyian Cik B, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa watak penghidap OCD, Naim Daniel jawab tuduhan tak buat ‘research’ - “Saya yakin awak tak tahu tentang penyakit itu”

"Ini untuk anda semua sebab menjadikan Purnama nombor satu di hati. Terima kasih semuanya. Moga Allah memeluk kalian selalu. Korang yang nombor satu, bukan saya," katanya dalam keadaan sebak.



Naim berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.

Naim menerusi Instagram (IG live) juga mengotakan janjinya untuk memotong rambut selepas lagu tersebut berjaya menduduki tangga pertama di YouTube.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta ini hanya memotong sedikit sahaja rambut hadapannya.

"Kita kena potong rambut la ni. Jadi, saya akan potong rambut ini tapi macam mana... saya tengah kuarantin tak dapat keluar. Tapi saya tetap akan potong.

Tapi, saya dengar cakap mama saja, dia kata potong sikit saja.

NAIM DANIEL

PENYANYI

"Janji harus ditepati. Tapi, saya dengar cakap mama saja, dia kata potong sikit saja. Okay, saya dah tunaikan janji untuk potong rambut. Terima kasih semua orang.

"Saya bukan scam... kan saya kata potong rambut bukan nak botakkan," ujar Naim sambil ketawa.

Dalam pada itu, rata-rata peminat terhibur melihat aksi Naim dan menganggap penyanyi lagu Sembah itu sudah menunaikan janjikan biarpun tidak seperti yang dijangkakan.

"Ala kami ingatkan abang nak potong kasi pendek sebab itu kami buat kasi trending nombor satu, tapi tak apa asalkan dah tunaikan janji.



Naim hanya memotong sedikit rambut hadapannya.

"Mati mati ingatkan abang nak potong rambut pendek tapi sikit saja potong... ya Allah.

"Tak apalah, janji abang gembira. Kami okey saja sebab kena scam pun ramai-ramai," komen peminatnya secara berseloroh.

Video klip Purnama telah mencecah lebih satu juta tontonan selepas dilancarkan pada 27 November lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain