Bawa watak penghidap OCD, Naim Daniel jawab tuduhan tak buat ‘research’ - “Saya yakin awak tak tahu tentang penyakit itu”

Naim Daniel membawa watak seorang pelajar yang menghidap penyakit OCD dalam telefilem Aku OCD.

GARA-GARA memuat naik video lakonannya menerusi telefilem berjudul Aku OCD yang bakal ditayangkan malam Sabtu, penyanyi Naim Daniel menerima komen negatif seorang individu.

Menerusi komen berkenaan, individu tersebut mendakwa penyanyi lagu Sumpah itu tidak melakukan kajian terperinci sebelum membawa watak penghidap Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel hadiah banglo untuk diri sendiri, bukan sebab nak kahwin - “Nak pinang anak orang pun perlukan duit”

"Teruknya cara OCD diterjemahkan. Saya yakin awak tak tahu pun OCD tu sebenarnya apa.

"Paling tidak apa yang awak boleh lakukan ialah untuk buat kajian terlebih dahulu," komen individu tersebut.

Saya tidak akan berkompromi untuk bawa tanggungjawab sebagai watak seorang OCD.

NAIM DANIEL

PENYANYI DAN PELAKON

Membalas komen berkenaan, Naim berkata, dia sudah pun bertemu dengan seorang penghidap OCD dan bertanyakan mengenai masalah dan simptom yang dihadapi oleh golongan pesakit itu.

Tambah Naim, dia tidak akan menerima watak berat ini sebelum mendapatkan ilmu yang cukup mengenai penyakit berkenaan.

"Maafkan saya. Benar, sebelum memulakan penggambaran saya ada bertemu dengan salah seorang individu yang menghidap gejala OCD ini untuk bertanyakan tentang apa itu sebenarnya OCD.

"Ianya juga memberi saya satu input baru tentang perkara ini kerana saya tidak akan berkompromi untuk membawa tanggungjawab sebagai watak seorang OCD," tulis Naim di ruangan komen Instagram miliknya.



Naim tidak akan menggalas tanggungjawab membawa watak penghidap OCD tanpa kajian terperinci.

Dalam pada itu, Naim berkata dia turut menjadikan sebuah filem Sepanyol sebagai inspirasi untuk watak tersebut.

"Saya juga mengambil inspirasi watak daripada sebuah filem Sepanyol yang bertajuk Toc-Toc (2017) yang dilakonkan oleh Nuria Herrero untuk drama ini.

"Paling sedikit yang saya boleh lakukan adalah meniru kelakuan serta apa yang disampaikan oleh saudara tersebut. Terima kasih," ujarnya.

Telefilem berjudul Aku OCD bakal ditayangkan pada malam Sabtu di Astro Citra.

Untuk makluman, OCD merupakan gangguan mental yang menyebabkan pesakit merasa harus melakukan sesuatu tindakan berulang kali sehingga puas hati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Naim Daniel, OCD

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain