suria

Shaheizy Sam mohon maaf, mengaku cuai bawa vape di leher ketika siaran langsung - “Tiada niat promosi... apa yang tergantung ini keperluan saya”

Shaheizy Sam buat permohonan maaf atas kecuaiannya membawa vape naik pentas ABPBH33.

PELAKON Shaheizy Sam tampil membuat permohonan maaf selepas menerima kecaman netizen dan teguran daripada pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) kerana menggantung rokok elektronik atau vape di leher ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33), malam Jumaat.

Dalam hal ini, Shaheizy mengakui kecuaian diri apabila terlalu fokus untuk memberikan yang terbaik sehingga terlupa menanggalkan alat elektronik itu sebelum naik ke pentas.

"Hari ini saya sedar ramai bising di sosial media apa yang jadi di ABPBH semalam. Saya nak minta ampun dan maaf terutamanya ABPBH, TV3 di atas kecuaian saya.

ARTIKEL BERKAITAN: TV3 kesal! Semua selebriti sudah diberi penerangan sebelum ABPBH33 berlangsung tapi Shaheizy Sam tak peka

ARTIKEL BERKAITAN: “Usah sembang fasal SOP jika vape pun dipromosikan!” - Shaheizy Sam kena tegur gantung vape di leher ketika 'live' ABPBH33

"Kelalaian saya, tak ada orang lain yang salah memang diri saya salah, terus terang saya cakap dalam keadaan sangat nervous di belakang pentas yang lengang tanpa orang.

"Saya hanya nak fokus untuk buat terbaik dalam program ini dan sampai saya terlupa apa ada pada diri saya dan apa saya bawa atas pentas," katanya menerusi Instagram pada Sabtu.



Netizen kecam Sam bawa vape naik pentas.

Pada malam Jumaat, pengendali akaun PHM mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi tidak menyaring penampilan selebriti tersebut sebelum bersiaran secara langsung.

Laman Facebook komuniti kesihatan itu turut menyifatkan tindakan pelakon filem Polis Evo itu telah mempromosikan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat.

Saya dah gantung banyak di leher lebih setahun, memang kegunaan saya sebab dua tiga jam dah habis bateri!

SHAHEIZY SAM

PELAKON

Malah, tindakan tidak sengaja Shaheizy itu mengundang rasa kurang senang netizen sehingga ada mendakwa dia sengaja menggantung alat itu kerana ingin mempromosikan produk tersebut.

"Tiada niat nak promosikan... ini semua atas cuai dan lalai, apa yang tergantung ini keperluan saya. Saya dah gantung banyak di leher lebih setahun, memang kegunaan saya sebab dua tiga jam dah habis bateri.

"Jadi saya memang perlu banyak... tak ada niat nak promosi, kelalaian saya mengundang tak elok pada orang lain, saya minta maaf! InsyaAllah takkan berulang lagi," ujarnya.

Sementara itu, penganjur ABPBH33 kesal dengan penampilan Shaheizy Sam dan memaklumkan sudah memberi penerangan kepada semua selebriti jemputan mengenai tatasusila serta etika pemakaian dalam acara anjuran mereka.

ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain