suria

ABPBH33 penuh kejutan! Haqiem Rusli paling popular... Mawar Rashid dan Zahiril Adzim menang pelakon filem popular

Haqiem Rusli bintang paling popular ABPBH33.

PENYANYI Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 yang berlangsung di Axiata Area Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Menerima undian hampir 23 juta daripada peminat melayakkan Haqiem membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissan Leave berserta trofi.

"Pertama sekali terima kasih Allah atas rezeki ini... terima kasih keluarga saya, harap mereka berbangga dengan pencapaian saya teruatamanya kelab peminat Qiemilio!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ABPBH33 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton

Penyanyi berusia 22 tahun ini turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Bagi kategori lain, Pelakon TV Lelaki Popular dimenangi oleh Ben Amir dan Siti Saleha pula membawa pulang kategori Pelakon TV Wanita Popular.



Haqiem Rusli dan Wany Hasrita.

Dua penyanyi popular iaitu Khai Bahar dan Siti Nordiana membuktikan mereka adalah pasangan serasi apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu turut membawa pulang trofi bagi kategori Artis Versatil Popular.

Pengacara program Muzik-Muzik dan Big Stage, Sherry Alhadad memenangi dua kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.



Khai bahar dan Siti Nordiana.

Sementara itu, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid mengekalkan kejayaan yang diraih tahun lalu bagi kategori Penyampai Radio Popular.

Penyanyi lagu Canggung Wany Hasrita memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular.

ABPBH33 kali ini mengejutkan penonton apabila pelakon Zahiril Adzim memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Datuk Rosyam Noor, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Zizan Razak dan Zul Ariffin.



Mawar Rashid.

Manakala, Mawar Rashid pula pertama kali memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Bagi kategori Artis Baharu Popular, pelakon baharu Isyariana muncul sebagai pemenang bagi kategori wanita dan Chubb-E bagi kategori lelaki.

ABPBH33 dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee.

Persembahan pembukaan dijayakan oleh Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff menerusi sketsa komedi.

Pentas ABPBH33 diserikan dengan persembahan Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Berikut adalah senarai penuh ABPBH33.

1) BINTANG PALING POPULAR: Haqiem Rusli

2) PENYANYI LELAKI POPULAR XIAOMI: Haqiem Rusli

3) PENYANYI WANITA POPULAR XIAOMI: Wany Hasrita

4) ARTIS KOLABORASI/ DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Siti Nordiana & Khai Bahar

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Chubb-E

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Isyariana

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Zahiril Adzim

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Mawar Rashid

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Ben Amir

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Siti Saleha

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: Sherry Alhadad

12) PENGACARA TV POPULAR: Sherry Alhadad

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: DJ Lin/ Suria FM

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: Siti Nordiana

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Fracissca Peter

Kategori Online

1) GANDINGAN SERASI DRAMA POPULAR: Kamal Adli & Uqasha Senrose

2) GANDINGAN SERASI FILEM POPULAR: Syafiq Kyle & Mimi Lana

3) ARTIS KONTROVERSI POPULAR: Aiman Tino

4) FC FANTASTIK POPULAR: Siti Nordiana FC

5) LAGU PALING BOOM: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain