suria

Alha Alfa dituduh individu terbabit kes dadah kerana 'clue' Ford Mustang - “Agak-agaklah nak guna gambar kereta saya sesuka hati!”

Alha Alfa nafi dia adalah individu ditahan polis dalam satu serbuan, baru-baru ini.

PENGASAS produk kosmetik Datuk Alha Alfa terkejut apabila namanya dikaitkan dengan berita penahanan seorang usahawan disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di Seri Kembangan, Selangor pada Selasa lalu.

Gara-gara memiliki jenis kenderaan yang sama iaitu Ford Mustang, Alha berkata terdapat netizen menuduh dia adalah indvidu yang ditahan itu sehingga akaun Instagram miliknya dihujani komen daripada mereka yang mahukan kepastian.

"Agak-agaklah... korang janganlah nak main melulu nak serang-serang nak mesej dan komen bukan-bukan dekat Instagram saya. Agak-agaklah saya jual dadah, main tangkap muat je.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak menduda... Alha Alfa terima gangguan mesej pelik, jampi, ayat mantera - “Menakutkan! Kenapa sampai macam ini?”

"Saya tengah bekerja lagi, maaf guys, nak sembur tu kaji dulu takkanlah saya seorang pakai mustang dekat Malaysia ni.

"Agak-agaklah nak guna pakai gambar kereta saya sesuka hati macam ini... Ya Allah sedihnya," katanya menerusi Instagram.



Laman sosial Alha Alfa diserang pertanyaan orang ramai.

Pada Jumaat, berdasarkan laporan media tempatan, pihak polis telah menahan dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun menaiki kereta Ford Mustang menerusi serbuan pertama yang dibuat.

Melalui pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

Pihak polis juga turut merampas sebuah kenderaan Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua.



Alha nafi individu ditahan polis.

Difahamkan siasatan mendapati suspek berkenaan merupakan seorang usahawan kosmetik di Kelantan dan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’.

Justeru itu, Alha yang juga merupakan pengasas produk Alha Alfa Cosmetics tampil membersihkan nama bahawa dia bukanlah individu yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu.

"Allahuakbar! Huru-hara hidup saya dibuatnya, janganlah senang-senang nak fitnah macam ini. Kasihanlah mak ayah saya, adik-beradik saya.

"Korang janganlah nak telefon atau Whatsapp saya sampai macam ini sekali. Bukan saya!

"Tolong yang mana-mana baca (berita mengaitkan dirinya), korang beritahu saya sedang berseronok balik kerja dan ada di rumah tengok Netflix. Dah jangan call, DM bagai... rimas saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Lain