suria

Pengantin PKPB! Kak Girl tamatkan zaman janda, selamat bergelar isteri Osman Ali

Kak Girl luah syukur majlis pernikahannya dengan Osman Ali berjalan dengan lancar.

PERSONALITI media sosial Kak Girl menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Osman Ali dengan sekali lafaz pada 9.30 pagi, Rabu.

Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan, 33, menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 bulan 'single', Kak Girl sudah temui pengganti, bakal nikah September - “Dia crush saya masa zaman sekolah”

Dia turut berterima kasih kepada Pejabat Kadi Daerah Johor yang memudahkan urusan perkahwinannya biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengantin ramai hari ini tapi proses berjalan dengan lancar.

KAK GIRL

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Alhamdulillah. Pengantin PKPB... Alhamdulillah semuanya mudah dan lancar. Terima kasih atas kerjasama pihak #pajabatkadidaerahJohor.

"Syukur sangat... hubungan ini berakhir dengan ikatan yang sah. Walaupun dalam tempoh PKPB, tapi masih mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Pengantin ramai hari ini tapi proses berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar.

Kak Girl berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto pernikahannya di laman Instagram pada Rabu.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen termasuklah rakan selebriti.



Rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Kak Girl.

"Alhamdulillah... tahniah sister. I love you," komen pelakon Zulin Aziz.

Manakala pelakon Datin Almy Nadia dan Isya Riana turut meninggalkan komen memberi ucapan tahniah dan syukur atas pernikahan pasangan itu.

Sebelum ini, Kak Girl mendedahkan dia mengikat tali pertunangan dengan Osman pada 28 Jun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 13 Julai lalu, Kak Girl berkata dia mengenali Osman ketika di bangku sekolah dan mengakui pernah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.

Sebelum ini, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 namun pasangan ini bercerai pada Oktober 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain