suria

Yana Samsudin selamat bersalin anak kedua, cuti dua bulan dari main ‘game online’ - “Fadzil Zahari akan ganti... sokonglah, dia pun kelakar juga”

Fadzil dan Yana berkongsi foto bersama bayi perempuan dan anak sulung mereka.

PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Yana Samsudin selamat melahirkan anak perempuan pada pagi, Sabtu lalu.

Menurut Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari, 37, anak keduanya itu dilahirkan di Pusat Perubatan Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai ‘sorok’ perut, dalam diam Yana Samsudin bakal timang anak kedua - “Aisy Mateen tak cemburu pun”

Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini memberitahu anak dan isterinya kini dalam keadaan baik.



Yana mula dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu.

"Alhamdulillah... syukur. Sebenarnya saya tak kisah sama ada anak kedua kami ini perempuan atau lelaki. Apa yang penting ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

"Terima kasih semua yang sudi mendoakan. Hanya Allah yang akan balas jasa anda semua," kata Fadzil ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Fadzil turut berkongsi foto mereka sekeluarga berada di hospital menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Terima kasih semua yang sudi doakan Yana dan baby selamat dilahirkan.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan-rakan selebriti.

Dalam pada itu, Yana menerusi laman Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan proses itu dipermudahkan.

Pelakon filem Adnan Sempit ini juga berkata, dia berehat selama dua bulan daripada permainan streaming bagi menjalani proses berpantang.

"Alhamdulillah dah selamat lahirkan baby gaming. It's a girl... Terima kasih semua yang sudi doakan Yana dan baby selamat dilahirkan.



Pasangan ini bersama anak sulung mereka, Aisy.

"Semuanya telah dipermudahkan. Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan dari game streaming dan #EnKetuaRumah @fadzilzahari akan teruskan stream.

"Sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya," ujarnya.

Fadzil mendirikan rumah tangga dengan Yana pada 13 Februari 2015 dan mereka dikurniakan anak lelaki bernama Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain