suria

Identiti ‘Ayam Jantan’ terbongkar, Hairul Azreen bangga impian menyanyi depan orang ramai jadi kenyataan - “Sejak zaman sekolah cita-cita saya nak jadi penyanyi dan artis popular!”

Hairul berbangga dapat memakai kostum Ayam Jantan dalam The Masked Singer Malaysia.

IDENTITI Ayam Jantan dalam program The Masked Singer Malaysia akhirnya terbongkar selepas penyingkiran pada minggu kelima yang berlangsung pada malam, Jumaat.

Meskipun diumumkan tersingkir namun pelakon Hairul Azreen, 32, yang memakai kostum Ayam Jantan itu tetap berasa bangga kerana impiannya untuk menyanyi di hadapan orang ramai tercapai.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin hamil 8 bulan rupa-rupanya selebriti sarung kostum ABC... jom layan 10 fakta cun ‘The Masked Singer Malaysia’!

Menyedari dirinya tidak mempunyai bakat dalam nyanyian, pemilik nama Hairul Azreen Idris ini mengambil keputusan untuk tidak meneruskan impiannya sejak kecil menjadi penyanyi.



Hairul berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Saya la Ayam Jantan dalam The Masked Singer Malaysia. Setiap orang ada impian dan cita-cita, dulu zaman sekolah saya selalu cakap satu hari nanti saya akan jadi seorang penyanyi dan artis popular!

"Walaupun kawan-kawan cakap jangan mimpilah hoi. Hari ini saya dapat capai benda yang dah lama saya impikan menyanyi depan orang ramai walaupun pakai mask.

"Alhamdulilah saya bertahan selama lima minggu. Hari ini saya nak beritahu saya sangat gembira. Boleh berhenti dah menyanyi sebab memang tak ada bakat pun," kata Hairul.

Program nyanyian yang berkonsepkan misteri menggunakan kostum unik itu bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna setiap Jumaat.

Yang penting jangan cepat putus... gagal sekali tak bermaksud kita loser.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

Sebelum ini, pemain hoki legenda, Datuk Mirnawan Nawawi didedahkan di sebalik kostum Nasi Lemak dan pelakon dan pengarah Ebby Saiful dalam kostum Rimau.

Di minggu ketiga pula, Yana Samsudin yang kini hamil lapan bulan rupa-rupanya selebriti di sebalik kostum ABC manakala Zain Hamid (Ruffedge) yang memakai kostum Musang King tersingkir pada minggu keempat.

Selain empat kostum tersebut, terrdapat lapan lagi kostum unik yang dipakai oleh barisan pesert iaitu Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Reno, Rafllesia serta Bunga Raya.



Barisan juri The Masked Singer Malaysia yang terdiri daripada selebriti terkenal.

Dalam pada itu, pelakon filem Pasal Kau! ini memberitahu dia mahu identitinya sebagai Ayam Jantan didedahkan biarpun masih episod awal.

"Semua peserta yang masuk nak sembunyikan identiti tapi saya kalau boleh nak anda semua tahu yang Ayam Jantan tu saya. Bila lagi nak dapat peluang macam ini.

"Setiap manusia ada cita-cita dan impian yang berbeza. Tak salah kita sokong dan hormat satu sama lain. Yang penting jangan cepat putus... gagal sekali tak bermaksud kita loser.

"#TheBestNeverRest guys. Terima kasih banyak-banyak yang selama ni sokong saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain