suria

Yana Samsudin hamil 8 bulan rupa-rupanya selebriti sarung kostum ABC... jom layan 10 fakta cun ‘The Masked Singer Malaysia’!

Yana Samsudin merupakan selebriti di sebalik kostum ABC.

SIAPAKAH mereka di sebalik kostum? Mereka mungkin artis dan selebriti kegemaran anda!

Tiga minggu bersiaran program The Masked Singer Malaysia sudah pun mencetuskan fenomena tersendiri dan menjadi salah satu program yang ditunggu-tunggu oleh penonton pada setiap Jumaat di Astro Warna.

Sebelum ini, pemain hoki legenda, Datuk Mirnawan Nawawi didedahkan di sebalik kostum Nasi Lemak dan pelakon dan pengarah Ebby Saiful dalam kostum Rimau. Di minggu ketiga pula lebih mengejutkan, Yana Samsudin yang kini hamil lapan bulan rupa-rupanya selebriti di sebalik kostum ABC!



Salah seorang selebriti yang dirahsiakan identiti di sebalik kostum Rafflesia.

Jom kita semak 10 fakta menarik yang anda mungkin tidak tahu tentang The Masked Singer Malaysia:

1. The Masked Singer Malaysia menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

2. Seramai 12 selebriti akan membuat persembahan sambil mengenakan kostum yang merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja fizikal, malah suara juga diubah.

3. Identiti peserta dirahsiakan dari semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan juri malah krew produksi. Hanya lapan orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia identiti mereka.

4. Kesemua peserta The Masked Singer Malaysia terdiri daripada barisan selebriti popular dari pelbagai industri seperti penyanyi, pelakon, pengacara, tokoh sukan dan ramai lagi.



Siapakah selebriti di sebalik kostum Durian?

5. Terdapat 12 kostum unik yang dipakai oleh barisan peserta: Musang King, Nasi Lemak, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, ABC, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rimau, Rafllesia dan Bunga Raya.

6. Kesemua kostum direka oleh Akma Suriati Awang. Beliau mempunyai lebih 49 tahun pengalaman dalam rekaan dan perundingan fesyen. Beliau bertanggungjawab untuk rekaan kostum bagi pelbagai produksi teater mega seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Siti Di Alam Fantasi, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Chow Kit Road.

7. Sembilan figura diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona ZamZam dan Angah Raja Lawak. Manakala, Datuk AC Mizal menggalas tugas hos.



Nabila Huda, Remy Ishak dan Ramona ZamZam antara barisan juri tetap program The Masked Singer Malaysia.

8. Ketika persembahan peserta berlangsung, barisan juri akan meneliti setiap aspek persembahan seperti gaya suara, karakter, gaya bahasa badan dan setiap pergerakan peserta untuk meneka siapakah identiti selebriti di sebalik topeng itu.

9. Peserta yang identitinya tidak didedahkan sehingga berakhirnya episod kelapan akan dinobatkan sebagai juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama!

10. Pengarah Muzik bagi program The Masked Singer Malaysia adalah pemuzik, penerbit, penggubah dan penulis lirik, Shahnizam Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Shah Slam. Beliau juga telah menghasilkan salah satu lagu tema program ini. Ikon popular genre rap, Altimet, juga mengambil bahagian menghasilkan lagu tema kedua.



Selebriti di sebalik Bunga Raya masih menjadi rahsia.

Program The Masked Singer Malaysia bersiaran di Astro Warna dan Warna HD setiap Jumaat, jam 9 malam, bermula 18 September lalu. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Pelanggan Astro boleh membeli Pek Mustika pada harga RM12.95* untuk mendapatkan akses kepada saluran Astro Warna, Citra dan NAURA. Untuk maklumat lanjut, hubungi atau WhatsApp kami di 0395433838 atau terus ke saluran 200.

*Tertakluk pada terma dan syarat*

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain