suria

“Minggu ini out of tune!” - Hanie Soraya pula ‘sasaran’ Ajai, jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2020

Ajai menganggap nyanyian Hanie sumbang dan ia tidak sepatutnya berlaku.

PENYANYI Hanie Soraya menjadi peserta pertama tersingkir dalam program Big Stage musim ketiga (Big Stage 2020) yang bersiaran secara langsung langsung pada Ahad.

Hanie yang menyanyikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow tersingkir selepas menerima markah keseluruhan sebanyak 57 peratus.

Juri tetap, Ajai menganggap nyanyian Hanie sumbang dan ia tidak sepatutnya berlaku terhadap peserta program berkenaan berikutan kesemuanya mempunyai pengalaman dalam nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya beri 2 markah, minta pengsan sebab nyanyian sumbang, komen 'pedih' Ajai di Big Stage 2020 keterlaluan!

"Minggu lepas lebih baik. Minggu ini out of tune. Sepatutnya out of tune tiada pada penyanyi di atas pentas.

"Menyanyi ni bukan saja untuk seronok tapi juga untuk belajar. Paling teruk apabila out of tune. Saya tak kisah nak dimaki atau dicaci... tapi saya nak semua improve," kata Ajai.



Hanie Soraya menyanyikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow.

Dalam saingan kali ini, penyanyi Usop menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 86.2 peratus, diikuti oleh Azzam Sham (83.6) dan Qody (73.6).

Kesemua peserta diadili oleh tiga ikon muzik tersohor tanah air, Dayang Nurfaezah, Ajai serta Faizal Tahir dan juri jemputan, Ernie Zakri.

Penyanyi rap, Caprice pula berperanan sebagai presiden netizen yang turut diundang minggu ini.

Big Stage 2020 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Program nyanyian ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain