suria

Dikritik tua selepas berbadan kurus, Michael Ang tegur netizen tak jaga adab - “Memang tua pun, cara tu betulkan sikit”

Michael Ang kini kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.

PENGARAH dan penerbit Michael Ang menegur sikap biadap seorang netizen yang mengkritik penampilan baharunya kelihatan tua selepas berkongsi foto di Instagram pada Sabtu.

Michael, 44, berkata, tiada siapa yang dapat mengelak daripada menempuh usia tua.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah!” Itu jawab Fikry selepas ‘disembur’ Michael Ang... Peminat mula ungkit Fikry lupa diri, berlakon pun dah ‘daring’

"Semua akan tua sekurangnya saya sedar diri berani tunjuk muka. Daripada manusia munafik yang suka komen benda busuk macam hati sendiri tapi tak berani tunjuk muka.

"Memang kita tua pun. Cara tu betulkan sikit," ujarnya.



Komen seorang netizen yang menegur penampilan baharu Michael.

Michael berkata demikian ketika membalas komen netizen yang mengkritik berat badannya sebagai tidak sesuai bertubuh kurus.

"Kurus sangat nampak tua," komen individu tersebut.

Bagaimanapun, individu itu mengalah dan meminta maaf kepada Michael jika penerbit itu berkecil hati.

"Ni bukan komen benda tak elok, cuma pandangan saya. Kalau kurus sangat nampak tua, itu saja.

"Maaflah kalau berkecil hati dengan kenyataan begitu. Cuma nak beritahu, jangan menuduh orang munafik tanpa usul periksa, soal nak letak gambar atau tidak untuk Instagram, itu adalah hak masing-masing. Maaf kalau terkasar bahasa. Kita insan biasa," komen netizen tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain