suria

Sweet Qismina ulas soal hubungan dengan Adam Lee selepas setahun bercinta - “Niat nak kahwin tu ada”

Sweet dan Adam belum buat persiapan untuk berkahwin.

PELAKON Sweet Qismina mengakui dia dan kekasihnya yang juga pelakon Adam Lee mempunyai hasrat untuk membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan.

Bagaimanapun Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 23, berkata setakat ini mereka belum memikirkan perkara itu secara serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina terjebak Snapchat buah, muat naik gambar kismis - “Bukan sebab dah bersedia kahwin, sekadar hargai pasangan”



Sweet dan Adam mula mengenali satu sama lain sejak tahun lalu.

"Niat untuk berkahwin dengan Adam itu sudah tentu ada tapi kami belum ada sebarang perancangan apa-apa lagi seperti tarikh, tema, tunang dan semua berkaitan tu belum ada lagi.

"Kalau ada apa-apa berita berkenaan perkara itu, mesti saya akan berkongsi di laman sosial. Mungkin akan ada gambar cincin ke atau apa-apa yang berkaitan.

"Apa-apa pun, tunggu saja ya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Adam," kata Sweet kepada mStar.

Sweet memberitahu perkara itu ketika sesi Borak Pink Smile bersama pelakon utama Fattah Amin dan pengarah drama tersebut iaitu Ayie Mustafa pada Rabu.

Apa-apa pun, tunggu saja ya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Adam.

SWEET QISMINA

PELAKON

Sweet dan Adam mempunyai hubungan yang rapat sejak mereka membintangi drama Adam Chempaka pada tahun lalu.

Berkongsi mengenai drama Pink Smile, Sweet berkata, dia memakai gigi besi atau braces semata-mata untuk watak sebagai Luna biarpun pada awalnya berasa tidak selesa.

Menurut Sweet, doktor juga memberi nasihat agar dia membuka gigi besi itu secepat mungkin kerana berkemungkinan ia akan memberi kesan buruk.



Sweet dan Fattah pertama kali digandingkan dalam drama Pink Smile.

"Memang saya pakai braces, khas untuk watak sebagai Luna dalam drama tersebut. Tapi ia sekadar besi yang diletakkan di gigi sahaja tanpa ada dawai untuk ketatkan gigi.

"Mula-mula pakai itu memang tak selesa dan minggu pertama saya pakai, ada luka dalam bibir serta gigi terasa sakit sebab ketat. Selain itu, pening kepala juga sebab tak biasa.

"Masa PKP, saya buka dan selepas itu saya pakai semula. Sekarang dah selesa dan rasa diri memang Luna. Cuma doktor ada nasihat, cepat-cepat buka takut akan beri kesan pada gigi boleh bergerak," ujarnya.

Drama Pink Smile turut dibintangi oleh Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil dan ramai lagi akan mula bersiaran pada 31 Julai di slot Lestari, TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain