suria

Farahdhiya tidak terima kunjungan tetamu di hari raya, bimbang Covid-19 - “I'm sorry... kalau panjang umur dapatlah jumpa!”

Farahdhiya tak benarkan tetamu mengunjungi kediamannya pada Aidilfitri ini.

KELONGGARAN yang diberikan kerajaan berhubung aktiviti ziarah raya 20 orang dalam satu rumah mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ini termasuklah golongan selebriti antaranya penyanyi Farahdhiya yang mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu berkenaan.

Menurut Farahdhiya, dia belum bersedia menerima kehadiran tetamu pada Aidilfitri ini berikutan masih bimbang dengan bahaya penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya malu rakan artis ingkar arahan PKP - “Jangan ingat ada special treatment tak kena tahan ya”

"Saja nak tanya pendapat semua, kalau korang dalam keadaan sekarang ni iaitu Covid-19... korang benarkan tak orang datang beraya di rumah korang?

"Bagi saya, I'm sorry, saya masih lagi takut jadi saya tak benarkan supaya kita dapat membendung Covid-19 ni.



Farahdhiya kongsi pandangannya di Instagram.

"Sebab tak mungkin kita dapat jaga social distancing (penjarakkan sosial) bila dah berkumpul ramai-ramai dalam satu rumah," katanya.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Farahdhiya turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan masyarakat yang tidak mengendahkan kepentingan penjarakkan sosial ketika berada di tempat awam.



Farahdhiya bimbang sikap tidak ambil berat sesetengah pihak mengenai penjarakkan sosial.

"Saya pergi pasar semalam pun dah rasa takut, ramai tak pakai mask (penutup hidung dan mulut) dan selamba je main tolak-tolak dan berdiri rapat-rapat macam tak ada apa-apa.

"Ya Allah serius seram... jadi untuk saya InsyaAllah bila semua ini selesai dan kalau panjang umur dapatlah kita berjumpa semula," ujarnya.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

Menerusi lanjutan PKPB, terdapat kelonggaran untuk menyambut tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dengan membenarkan aktiviti ziarah jiran terdekat serta keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Farahdhiya

Artikel Lain

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard