suria

Saida sayu... arwah Maya Matahari simpan gambar pasport miliknya dalam dompet - “Kebiasaannya tanggal 13 Mei akan ku ungkapkan selamat hari lahir buatmu... kali ini hanya doa ku kirimkan”

Saida luah rasa rindu kepada Maya melalui laman Instagram.

DUA bulan Allahyarham Maya Matahari meninggal dunia, rakan baiknya penyanyi Saida meluahkan rasa rindu yang mendalam terutama tarikh ini jatuh pada hari ulang tahun ke 44 arwah.

Lebih memilukan, Saida berkongsi bahawa arwah menyimpan gambar pasport miliknya di dalam dompet supaya boleh dibawa ke mana sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

"Kebiasaannya tanggal 13 Mei akan ku ungkapkan selamat hari lahir buatmu sahabatku. Tapi tahun ini situasinya berbeza, hanya doa ku kirimkan buatmu.

Saida kongsikan gambar passport yang disimpan Maya yang dibawa ke mana sahaja.

"Gambar pasport tu arwah simpan di dalam dompet dan dibawa ke mana-mana. Sepertinya persahabatan yang terjalin ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

"Al-Fatihah untukmu sahabatku. Akan ku kenangmu dalam setiap doaku," ujarnya.

Persahabatan yang terjalin ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat

SAIDA

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi Rem Cassim yang popular sekitar tahun 90an turut berkongsi kenangan bersama Allahyarham di laman Instagram Saida.

"Al-Fatihah. Abang masih tak boleh move on melihat foto-foto indah dalam telefon... memang tak akan dilupuskan sampai bila-bila," ujar penyanyi itu.

Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee yang popular dengan lagu Matahari meninggal dunia akibat kanser sarcoma tahap empat pada 18 Mac lalu setelah kembali daripada menjalani rawatan di China.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Maya Matahari, Siti Saida

Artikel Lain