suria

Achey, adik-beradik bergilir-gilir jaga bapa - “Ikut masa dan kekangan, saya paling kurang turun padang”

Achey berkesempatan meluang lebih masa menjaga bapanya semasa tempoh PKP.

SUDAH menjadi tanggungjawab dan amanah anak-anak untuk menjaga kebajikan ibu dan bapa selagi mereka masih hidup di dunia ini.

Enggan mengabaikan kewajiban tersebut, pelawak Achey berkata dia dan adik-beradik yang lain mengambil pendekatan menjaga bapa mereka, Hamzah Salam secara bergilir-gilir.

Menurut Achey, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah masa terbaik untuk dia meluangkan masa bersama bapa kerana sebelum ini dia agak sibuk dengan kerja sehingga terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada adik-beradik yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey Hilang Fokus, Bapa Parah Akibat Kemalangan

"Bismillah... tiba giliran aku selagi ada ruang dan peluang untuk mereka. Terima kasih abang, kakak dan adik-adikku selama dua bulan korang direct jaga permata kita ni.

"Sekarang korang dah kena kerja semula tapi korang kena jaga kesihatan diri dan keluarga... duit memang boleh cari tapi jasa dan tenaga korang semua tak termampu aku balas.

Pengikut sebak menonton video yang dimuat naik Achey di Instagram.

"Kalau sebelum ini ikut masa dan kekangan, saya paling kurang turun padang.. tapi terima kasih adik beradik faham situasi kerja saya dan sekarang saya juga kena faham situasi mereka," katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video berdurasi satu minit.

Dalam pada itu, Achey turut berpesan kepada pengikutnya supaya menjaga kebajikan ibu dan bapa mereka semasa masih hidup.

Saya tak sebaik mana tapi terpanggil untuk berpesan jagalah kebajikan ibu dan ayah anda jika mereka masih ada

ACHEY

PELAWAK

"Pesan abah... kalau kita tak boleh jadi pemimpin pada keluarga usah jadi pemimpin pada masyarakat.

"Saya tak sebaik mana tapi terpanggil untuk berpesan jagalah kebajikan ibu dan ayah anda jika mereka masih ada... ruang pahala luas ada pada mereka!," ujarnya.

Perkongsian Achey itu mengundang sebak pengikutnya dan rata-rata memuji sikap bertanggungjawab ahli kumpulan Bocey itu.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen terkenang arwah bapa mereka yang sudah lama meninggal dunia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

achey

Artikel Berkaitan

Artikel Lain