suria

Penyampai berita RTM Farit Ismeth Emir meninggal dunia

Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin.

PENYAMPAI berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Pengurus kepada DJ Fuzz iaitu Mia ketika dihubungi mStar turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi Isnin.

Menerusi laman Facebook pembaca berita RTM, Rozimah Mahyiddin, dia juga berkongsi berita sedih itu dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Saya baru terima sedih ini dari keluarga arwah. Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa rakan seperjuangan kita @icon RTM, Pak Ngah atau Farit Ismeth Emir telah menghembuskan nafas terakhirnya baru sebentar tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Farit Ismeth Emir 

"Al- Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang yang beriman. Aamiin," tulisnya.

Jenazah Allahyarham kini berada di Masjid Kampung Melayu Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ismal Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan segmen berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.

Antara kelainan ketika Allahyarham menyampaikan berita apabila beliau turut menyelitkan mutiara kata sebelum segmen itu berakhir.

Suara Allahyarham juga pernah digunakan untuk sebuah iklan rokok suatu masa dahulu iaitu 'Gaya Mutu Keunggulan'.

Beliau memiliki tujuh orang cahaya mata.

Antara rakan penyampai berita seangkatan Allahyarham ialah Salasiah Zakaria, Harjit Singh Hullon dan Mary Anne.

Farit Ismeth Emir, DJ Fuzz

Artikel Lain