suria

Gara-gara dedah nombor telefon Nabila Razali terima lebih 40,000 mesej - “Telefon sampai hang... bateri pun habis!”

Nabila menunaikan janjinya berkongsi nombor telefon setelah menerima satu juta tontonan di laman Youtube.

PENYANYI Nabila Razali menunaikan janjinya kepada peminat dengan berkongsi nombor telefon peribadi setelah lagu terbaharunya, Peluang Kedua menerima satu juta tontonan di laman Youtube.

Gara-gara itu, Nabila berkata telefonnya hampir gagal berfungsi selepas menerima lebih 40,000 mesej menerusi aplikasi Whatsapp dan ratusan panggilan daripada peminat.

"Selepas kongsi nombor telefon peribadi, saya menerima mesej dan panggilan tak henti-henti daripada peminat... sampaikan telefon 'hang' dan bateri habis kerana mesej bertalu-talu masuk sehingga awal Subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lebih 500,000 tontonan! Nabila Razali terkejut lirik video 'Peluang Kedua' tiba-tiba hilang dari Youtube

"Saya sempat jawab beberapa ratus mesej dan panggilan daripada mereka... cumanya mesej di Whatsapp itu perlukan sedikit masa untuk balas, kita tak sempat nak balas lagi, mesej orang lain pula masuk!

Nabila balas setiap mesej yang diterima daripada peminat.

"Sejujurnya saya seronok dapat berinteraksi secara peribadi dengan peminat kerana rasa lebih dekat dengan mereka dan inilah masa untuk membalas semula sokongan peminat sebelum ini," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi ini berkata ramai peminat teruja dan tidak percaya nombor yang dikongsi itu adalah nombor peribadinya.

"Mula-mula ada yang ingat saya main-main sahaja bagi nombor telefon, tapi bila saya jawab panggilan mereka terus terkejut dan malu-malu nak bercakap.

Peluang Kedua capai lebih satu juta tontonan selepas dua hari dilancarkan di Youtube.

"InsyaAllah selagi ada masa, saya sendiri yang akan balas dan jawab panggilan mereka semua, cumanya kena bersabar sedikit sebab terlalu banyak mesej masuk.

"Saya minta maaf jika tak sempat nak balas semuanya... apa-apa pun terima kasih kepada semua yang tak henti menyokong karier seni saya dan teruskan menonton lirik video Peluang Kedua di Youtube ya!," ujarnya.

Single kelima berjudul Peluang Kedua merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini.

Lirik video telah dimuat naik di laman Youtube Nabila Razali Entertainment sejak Khamis lalu mendapat lebih 1000 nyanyian semula (cover) sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada Khamis lalu.

Peluang Kedua boleh didengari menerusi semua platform digital pada Jumaat depan.

Nabila Razali, Peluang Kedua

Artikel Lain